Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GoCar Promo: Boleh Guna Kereta Secara Percuma Selama 1 Jam Tapi Ada Syaratnya..

Suhana Veru

Kongsi melalui


GoCar dan GoEV menawarkan promo baharu, “GOBERBUKA” sempena bulan Ramadan dimana anda boleh menikmati perkongsian kereta secara percuma selama satu jam.

GoCar mengambil inisiatif itu kerana menyedari ada yang masih tidak memiliki kenderaan dan tidak kurang juga yang tidak mahu  menggunakan pengangkutan awam terutama ketika waktu puncak sebelum berbuka puasa.

Untuk itu, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan perkongsian kereta GoCar sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik.

Menyentuh mengenai penggunaan perkongsian percuma (dihadkan pada harga RM14), anda perlu membuat tempahan GoCar Share (Perjalanan Pergi Balik) bagi tempahan lebih dua jam.


Bagaimanapun, promosi ini sah untuk tempahan yang dibuat bermula sekarang hingga 21 April 2023

Ini bermakna anda boleh menggunakan kod promo ini tanpa had sepanjang tempoh kempen tersebut.


GoCar berkata, pihaknya menyediakan pelbagai jenis kenderaan bermula dari kenderaan kompak sehinggalah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV).

“Dengan kadar bermula hanya RM13.90 sejam, GoCar menawarkan pengangkutan yang mudah dan mampu milik.

“Malah, bagi mereka yang masih belum cuba memandu kereta elektrik sepenuhnya (EV), ini adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Leaf yang senyap,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Difahamkan, GoCar telah menukar kadar jam GoEV (Perjalanan Pergi Balik) kepada RM17.90 berbanding RM24.90 sejam sebelum ini.

Bagi yang berminat untuk menempah GoCar Share atau GoEV,  anda boleh memuat turun aplikasi itu di mudah alih GoCar.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web GoCar di  https://hi.gocar.my

Gallery

Tag:

GoCar promo
GoEV EV sharinig
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Sewa Kereta Elektrik GoEV Kini Hampir 50% Lebih Murah!

Sewa Kereta Elektrik GoEV Kini Hampir 50% Lebih Murah!

Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia, hari ini telah mengumumkan kadar harga terbaharu.

09-02-2023
EV
GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%

GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%

Setahun selepas dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu, peneraju platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia, kini meraikan pencapaian perjalanan lebih 500k.

09-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026