Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Kalau Lalu Mempaga, Bentong Sebab Ada Yang Suka Baling Batu

Suhana Veru

Kongsi melalui

 

Tular beberapa gambar di internet yang menunjukkan cermin sebuah kereta retak gara-gara perbuatan khianat membaling batu ke arah kenderaan.

Malah, beberapa batu bersaiz besar dilihat bergelimpangan  di laluan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu ke Mempaga, Bentong.

'Sapa punya kerja pun tak tau, hampir setiap malam ada je kereta yang kena baling, katanya jalan dari Rtp lebu ke mempaga," komen seorang group  Kami Penduduk Bentong Official’.



Susulan itu, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat berkenaan.

Buat masa ini, Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar telah menerima dua aduan berkaitan perbuatan jahat itu.

“Kita juga menyiasat kejadian ini apabila tular gambar dan video melalui laman sesawang Facebook, ‘Kami Penduduk Bentong Official’ pada Selasa (semalam).

“Kita sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut, hubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong menerusi talian 092222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Gallery

Tag:

RTP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026