Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Odyssey "Dilancarkan Semula", Boleh Pula Lancar Banyak Kali

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, Honda telah menamatkan jualan Honda Odyssey di pasaran Jepun sekitar tahun 2021 namun dikhabarkan ia akan dijual semula di negara Matahari Terbit itu pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun, Honda Odyssey dikatakan kembali ke pasaran Jepun kerana mula mendapat permintaan tetapi ia kini dihasilkan dari China. Ia dipasang di kilang Honda Guangqi di Guangzhou, China.

Apapun, ketibaan Odyssey ke Jepun menyebabkan ia akan diperkenalkan semula tetapi untuk versi e:HEV Absolute EX Black Edition.

Jadi ia akan menggunakan trenkuasa hibrid dimana ia disumbat dengan enjin 2.0 liter 4-silinder sekali gus mampu menghamburkan kuasa  212 hp and tork 315 Nm.

Kesemua kuasa kemudiannya dihantar ke gandar hadapannya melalui kotak gear automatik e-CVT.

Secara visual, model EX Black Edition ini adalah berdasarkan versi facelift kedua Odyssey generasi kelima, dimana ia pernah dijual di Jepun sekitar November 2020.


Menjengah bahagian luarannya, ia menerima lampu hadapan LED dan kit kelengkapan Black Edition.


Memandangkan ia adalah Black Edition, maka ada beberapa bahagian digelapkan seperti gril hadapan, bar krom, kedua-dua lampu depan dan belakang, penutup cermin sisi, serta roda aloi 18 inci. 

Lampu belakang juga didatangkan dengan warna gelap sekali gus membuatkannya ia kelihatan agak bengis.

Sementara itu, bahagian dalamannya pula, ia menampilkan rekaan yang agak moden dan sarat dengan teknologi canggih.


Terdapat juga skrin sentuh 9 inci dan apa yang menarik, pelanggan  boleh memilih skrin sesentuh bersaiz 11.2-inci untuk sistem infotainmennya.

Bukan itu sahaja, ia didatangkan dengan pintu tailgate belakang bantuan kuasa dengan fungsi bukaan tanpa sentuhan, lampu isyarat membelok LED jenis sequential, tempat duduk pemandu larasan kuasa 8-hala dan penumpang hadapan 4-hala.


Malah, terdapat juga  pendingin hawa automatik tiga-zon termasuk kamera pelbagai sudut pandangan.


Apapun, ‘kepulangan” Odyssey ke pasaran Jepun juga tepat pada masanya, memandangkan dua pesaingnya, Nissan Elgrand dan Toyota Alphard, akan menaik taraf generasi seterusnya selewat-lewatnya pada tahun ini. 


Bagaimanapun, tempahan Honda Odyssey ini hanya boleh dibuat pada suku ketiga tahun ini.


Gallery

Tag:

2023 Honda Odyssey e:HEV Absolute EX Black Edition
Honda Jepun
Honda Odyssey JDM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026