Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Acah Mercedes-Benz GLS Facelift Didedahkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mercedes-Benz telah mendedahkan imej acah SUV di bawah kelas GLS versi facelift. Imej SUV tujuh tempat duduk tersebut dikongsikan melalui Twitter rasminya, Mercedes-Benz Press.


Walaupun gambar yang dikongsikan agak sukar dilihat dengan jelas kerana hanya bayangan yang gelap, tetapi kita masih boleh melihat bentuk badan SUV tersebut dan juga lampu hadapan LED yang dinyalakan. Cahaya yang dilimpahkan pada kereta turut mendedahkan rekaan roda dan juga logo tiga bucu SUV ini secara samar-samar. 


Mercedes-Benz GLS 2020 (kanan) & Mercedes-Benz GLE Facelift 2024 (kiri)


Dijangkakan, SUV facelift ini akan menerima kemaskini perisian terbaharu dengan beberapa penambahbaikan kecil lain kepada kelengkapan kenderaan.


Kabin Mercedes-Benz GLE Facelift 2023 bakal dilengkapkan dengan teknologi baharu


Dari luar, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat dengan jelas, namun ruang kabin model facelift ini dijangka akan diberikan pembaharuan yang menyerupai GLE facelift.


Penambahbaikan ini dapat dilihat pada kemasan yang digunakan untuk ruang kabin, port pengecas USB yang lebih banyak serta paparan infotainmen 12.3 inci dengan perisian Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi kedua. 




Kini ditawarkan dalam generasi ketiga, GLS generasi X167 membuat penampilan global pertamanya pada tahun 2020, dengan dua pilihan enjin yang mana kedua-duanya adalah jenis separa elektrik. Bagi pasaran Malaysia, GLS dilancarkan secara rasmi oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) pada bulan September tahun lalu dalam satu varian, GLS450 4Matic AMG Line.




GLS450 4Matic untuk pasaran negara dikuasakan oleh enjin enam sebaris berpengecas turbo kembar 3.0L yang menyalurkan output 362 hp/500 Nm. Enjin ini digabungkan dengan sistem  hibrid ringan (MHEV) 48V yang memberikan kuasa tambahan 22 hp/250 Nm dalam tempoh yang singkat melalui fungsi EQ Boost. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda menerusi sistem transmisi automatik 9G-Tronic 9-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic (AWD). 


PHEV Mercedes-Benz GLE400e 4Matic 2024


Bagi GLS versi facelift, kita mungkin akan menyaksikannya ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV) yang mungkin menggunakan trenkuasa PHEV 2.0L sama seperti yang ditawarkan pada SUV GLE dan GLC varian PHEV. Dengan enjin 4-silinder berpengecas turbo 2.0L, satu elektrik motor dan pek bateri 23.3 kWh, PHEV GLE memiliki output gabungan 381 hp/ 649 Nm. 




Memandangkan GLS memiliki bentuk badan yang lebih besar berbanding GLE, kita boleh menjangkakan output kuasa yang lebih tinggi, atau angka prestasi yang lebih rendah jika dibandingkan dengan masa pecutan 0-100 km/j yang dicatatkan GLE iaitu 5.8 saat. 


GLS generasi ketiga versi facelift bakal didedahkan secara rasmi pada 4 April, 2023 ini. Sementara itu, untuk versi prestasinya, GLS AMG, Mercedes masih belum membuat sebarang pendedahan, tetapi ia dijangka akan didedahkan beberapa bulan selepas pelancaran model standard.



Tag:

SUV
2024 Mercedes-Benz GLS Facelift
GLS facelift
GLS Class SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Berita Auto

DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Global

Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis

BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.

04-02-2025
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.

12-11-2024
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026