Link Copiedcheck_circle
EV

MG Cyberster, Kereta Sports Elektrik, Padu Semacam

Suhana Veru

Kongsi melalui



Auto Show Shanghai 2023 mempamerkan pelbagai model kenderaan elektrik bermula dari kereta mewah sehinggalah kereta konsep dan ada juga prototaip futuristik

Kehadiran jentera ini  memberi kita gambaran tentang masa depan mobiliti elektrik.

Di sebalik kereta-kereta itu,  MG Cyberster turut ditayangkan pada pameran berkenaan.


Ia disahkan akan mula dijual di negara-negara Eropah dan United Kingdom menjelang tahun hadapan.

 Roadster EV baharu ini dibina oleh MG Motor,  jenama British yang terkenal dengan kereta sport dua tempat duduk terbuka dan coupe. 

Biarpun, tiada spesifikasi lanjut diumumkan semasa penampilan sulungnya pada Auto Show Shanghai, namun MG menjanjikan Cyberster akan menjadi "kereta sports EV berprestasi tinggi", selain daripada menjadi model boleh tukar yang pertama oleh MG dalam beberapa tahun lagi.


Secara visual, Cyberster merupakan EV kompak diman reka bentuknya diinspirasikan daripada roadster MG lama sepanjang sejarah jenama itu

Seperti mana-mana roadster sporty yang lain, kereta itu dilengkapi dengan hud hadapan yang agak Panjang, garisan badan yang licin, dan bahagian belakang gaya Kammback.

Menjengah bahagian sisinya,  ia hadir dengan pintu yang dinamakan scissor doors (gunting) dimana ia lebih lebar dan lebih besar.


Ini membolehkan pemandu dan penumpanya masuk dan keluar dengan lebih mudah walaupun ia cuma ada dua pintu.

Dari segi prestasi, ia dikatakan akan didatangkan dengan tetapan motor tunggal dan dua motor berkembar.


Dikatakan, susun atur motor tersebut terdiri dalam tiga varian, dimana ada pacuan pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang lebih berkuasa.

Seperti sedia maklum, roadster terkenal dengan keseronokan pemanduan yang ringan dan ia tidak menyerupai mana-mana EV moden pada masa kini disebabkan oleh pek bateri berat yang mereka gunakan.

MG, sebaliknya, mendakwa bahawa Roadster hanya memiliki berat antara 1,850 kilogram (kg) hingga 1,985 kg, bergantung kepada spesifikasi motor dan bateri.


Buat masa ini, walaupun spesifikasinya dan harganya masih belum diumumkan namun permintaan untuk Cyberster dilihat cukup luar biasa.

Setakat ini, pihak syarikat telah menerima sehingga 5,000 ROI (pendaftaran minat) daripada pelanggan di pasaran China sahaja.

Gallery

Tag:

MG Cyberster
auto show shanghai 2023
roadster MG
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

26-08-2025
EV

07-08-2025
EV

15-07-2025
Kereta Baru

08-07-2025
Kereta Baru

24-10-2024
Berita Auto

11-10-2024
EV

23-08-2024

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026