Link Copiedcheck_circle
EV

PANAS! SUV Paling HOT Grecale Folgore

Suhana Veru

Kongsi melalui


Maserati Grecale Folgore ditayangkan sempena pameran Auto Show Shanghai 2023, baru-baru ini.

Sekali imbas, Grecale Folgore kelihatan hampir sama dengan kembar Folgore yang menggunakan petrol dengan perbezaan yang paling ketara ialah gril hadapannya terbalik dan tertutup.

Selain itu, SUV EV itu turut menampilkan peresap belakang rekaan baharu, ditambah dengan aksen hitam di sekeliling kereta serta terdapat lencana ‘Folgore’ di tengah-tengah gril.


Sama seperti kebanyakan EV di luar sana, Grecale Folgore juga menggunakan rim yang bersaiz sekitar 19 hingga 21-inci.

Bahagian kabin pula, Grecale Folgore memberikan keseimbangan yang cukup sempurna selain  menampilkan pelbagai bahan mesra alam. 


Kesemua tempat duduknya boleh boleh dilaras 14 hala dan dibalut dengan upholsteri Econyl yang diperbuat daripada nilon kitar semula dimana ia menggunakan tali pancing lama.

Selain itu, kedua-dua tempat duduk juga dilengkapi dengan fungsi pemanas.


Upholsteri tersebut dilengkapi dengan  "sentuhan 3D Carbon Chopper " pada konsol tengah dan panel pintu, serta beberapa aksen timbul pada pemuka hadapan.

Antara kelengkapan lain ialah instrumen digital 12.3 inci, susun atur dwi skrin di atas pemuka hadapan, paparan infotainmen 12.3 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta terdapat juga paparan khusus 8.8 inci yang lebih kecil untuk kawalan iklim.


Grecale Folgore juga dilengkapi dengan beberapa ciri khusus untuk EV seperti sistem navigasi selain terpapar juga masa sebenar, serta terdapat juga  fungsi penyelenggaraan suhu kabin  walaupun ketika kereta dimatikan.

Mengenai daya prestasinya, Grecale Folgore yang dilengkapi dengan pacuan semua roda (AWD) dwi-motor mampu menghamburkan kuasa sebanyak 550 hp dan 820 Nm. 


Untuk itu, ia membolehkan Grecale Folgore mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.1 saat dimana ia boleh dikawal secara elektronik sebanyak 220 km/j.

Apapun, Grecale Folgore ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini untuk beberapa pasaran terpilih.

Gallery

Tag:

grecale folgore
maserati
auto show shanghai 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia lancar Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi

03-03-2023
Berita Auto

Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.

05-07-2021
Global

Jahat Betul Gaya Cannon P!ckup

Nampak jahat betul bila trak pikap guna enam tayar.

27-04-2023
EV

MG Cyberster, Kereta Sports Elektrik, Padu Semacam

MG Cyberster dijangkan akan dijual di UK pada tahun hadapan.

26-04-2023
Berita Auto

PROTON Hadir Auto Show Shanghai 2023, Tapi Ada Sebabnya

Pengurusan kanan PROTON tiba di Auto Show Shanghai 2023.

19-04-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026