Link Copiedcheck_circle
EV

Rasmi: Intro Synergy Dilantik Pengedar EV, Neva

Suhana Veru

Kongsi melalui



Anak syarikat milik penuh GoAuto Group Sdn Bhd, Intro Synergy Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kenderaan elektrik (EV) jenama NETA di Malaysia.

Untuk makluman, NETA ialah jenama EV dari China yang dimiliki Hozon New Energy Auto Co Ltd (Hozon).

Maka, satu perjanjian antara Intro Synergy dan Hozon Auto telah dimeterai selama lima tahun dimana kedua-dua pihak itu dijangka melabur kira-kira RM300 juta untuk membangunkan fasiliti pemasangan dan pembuatan kenderaan tenaga baharu, rangkaian jualan serta servis selepas jualan.

Pengerusi Kumpulan GoAuto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya berharap jenama ini akan diterima baik oleh orang ramai sekali gus  meningkatkan penerimaan EV di negara ini.


Malah, GoAuto turut mengesahkan bahawa model ETA V akan ditawarkan ke pasaran tempatan.

Jentera itu dilengkapi motor elektrik tunggal pada roda hadapan, dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 38.5 kWj.


Ia mampu mmenghasilkan kuasa sehingga 94 hp dan tork 150 Nm, selain  melakukan perjalanan sejauh 384 km. Ia mampu memecut dari 0-50 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat.

Dari segi pengecasan,  ia menerima input AC (Jenis 2) berkapasiti 6.6 kW. 

Bagi pengecasan penuh, ia mengambil masa sehingga lapan jam manakala dengan pengecasan DC pantas yang berkapasiti 100 kW pula, membolehkan pengecasannya dari 30-80% hanya dalam masa 30 minit.

Selain itu, rangkaian kuasa elektrik Neta V menampilkan sistem fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang mampu memberikan output 3.3 kW untuk menggerakkan aksesori dan peralatan luaran.


Apapun, jika anda berminat dengan jentera ini, dikhabarkan Intro Synergy akan menayangkan Neta V pada Pameran Auto Malaysia 2023 yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, pada  4 Mei hingga 7 Mei 2023.

Pada pameran itu,  Intro Synergy akan mula menerima tempahan model itu.

Apapun, kedua-dua pihak itu masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang bayangan mengenai harga jentera berkenaan.

Sebaliknya, di Thailand, ia dijual sekitar RM71,397, sama dengan harga Toyota Yaris Ativ.

Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi syarikat nanti!

Gallery

Tag:

NETA
Intro Synergy Sdn Bhd
Hozon Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Neta V: EV Paling Murah Di Bawah RM100K, Mana Nak Dapat?

Intro Synergy Sdn Bhd kenalkan EV paling murah setakat ini.

03-05-2023
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023
EV

Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.

06-06-2025
Berita Auto

Intro Synergy Nak Bawa Masuk Lebih Banyak EV

Intro Synergy berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak model daripada jenama milik Hozon New Energy Auto.

05-05-2023
EV

Neta Malaysia Umum Penstrukturan Semula, Jamin Servis dan Waranti Tak Terjejas

Intro Synergy Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini melibatkan syarikat induknya dari China, Hozon Auto.

06-06-2025
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV