Link Copiedcheck_circle
EV

Video Acah Akhir Volkswagen ID.7 Didedahkan Sebelum Penampilan Global Pertama

Sofea Najmi

17-4-2023

Kongsi melalui


Volkswagen telah mendedahkan video acah Volkswagen ID.7 menjelang penampilan globalnya yang pertama hanya beberapa jam dari sekarang. 


Kereta saloon elektrik ini akan menerajui barisan kenderaan elektrik (EV), yang terdiri daripada 10 model, namun dikhabarkan semuanya akan dilancarkan secara rasmi menjelang tahun 2026.


Untuk 'acahan' terakhir ini, dua video dikongsikan yang mempamerkan gambaran ringkas bahagian dalaman dan bahagian luaran ID.7.




Di sudut luar, video acah tersebut mendedahkan  unit lampu depan berbentuk trapezoid dengan jalur DRL LED yang merentasi kelebaran kereta. Seperti model ID lain, lampu jalur LED ini diputuskan oleh logo VW yang besar pada bahagian tengah. 




Bergerak ke bahagian tepi, klip pendek itu menunjukkan penggunaan pemegang pintu yang bercahaya serta rim dua tona dengan reka bentuk jejari sama seperti yang terdapat pada ID.Buzz. Di belakang pula, ID.7 menerima unit lampu belakang IQ.Light, sama seperti model ID lain. 




Menjengah ke bahagian dalam, ID.7 ditunjukkan memiliki sistem pencahayaan ambien pada bahagian pintu dan papan pemuka. Ciri canggih kereta diserlahkan lagi dengan kehadiran skrin infotainmen terapung di bahagian tengah. 


Tempat duduk hadapan yang berwarna cerah menampilkan penyangga sisi yang membuatkan ruang kabin terasa sporty. Pada bahagian penyandar, terdapat jahitan logo 'ID.’ 




Keseronokan sebagai penumpang dan pemandu ID.7 ditambah lagi dengan penggunaan sistem audio Harman Kardon yang menjanjikan kualiti bunyi mengasyikkan. 


Sebelum pendedahan video acah ini dibuat, ID.7 pernah dipertontonkan buat pertama kalinya kepada umum semasa acara Consumer Electronics Show (CES) 2023 dalam pelekat samaran digital.


Direka berdasarkan kereta konsep ID.Aero, ID.7 dilaporkan dibina berdasarkan platform matriks pemacu elektrik modular (MEB) yang sama seperti model ID lain yang membenarkan kenderaan mencapai kapasiti pengecasan maksimum 200 kW dan jarak perjalanan tertinggi, 700 km. 




Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kapasiti sebenar bateri yang digunakan pada ID.7 masih belum didedahkan. Namun dengan penggunaan unit pemacu elektrik APP550 baharu, kereta ini boleh mencapai output 282 hp (210 kW)/550 Nm. 




Volkswagen ID.7 akan membuat penampilan globalnya hari ini (17 April 2023). Volkswagen memaklumkan bahawa barisan EV baharu syarikatnya, yang didahului oleh ID.7, akan menjadi "rangkaian elektrik terluas antara semua pengeluar di Eropah.”





Tag:

Volkswagen ID.7
ID.7
#Volkswagen
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!

Volkswagen memperluaskan barisan model ID.7 dengan pengenalan versi prestasi, Volkswagen ID.7 GTX untuk sedan fastback elektrik ID.7.

06-06-2024
EV

Kereta Konsep EV Volkswagen ID.X Performance Kaya Elemen Aerodinamik

Volkswagen dedah kereta konsep elektrik (EV) baharu, Volkswagen ID.X Performance. Ini segalanya yang kita tahu...

11-09-2023
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023
Berita Auto

Panggil Balik: 3 Jenama Terjejas

Produk dipanggil balik demi keselamatan pengguna.

28-03-2024
Berita Auto

Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!

VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.

13-03-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024
Global

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...

29-01-2024
Global

Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.

15-01-2024

Berita Terkini

EV

SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa

Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara memandu SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut .

06-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025