Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Konsep EV Volkswagen ID.X Performance Kaya Elemen Aerodinamik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-6.jpg


Volkswagen nampaknya sedang rancak menghasilkan model konsep. Selepas memperkenalkan konsep ID.GTI, kali ini jenama Jerman tersebut mendedahkan pula kereta konsep elektrik (EV) yang lain, Volkswagen ID.X Performance.


Dibangunkan khas untuk prestasi dari awal lagi, ID.X Performance menggunakan model EV fastback ID.7 sebagai asasnya, walaupun tidak banyak persamaan dari segi visual kerana tampil dengan lebih banyak elemen aerodinamik untuk prestasi yang jauh lebih baik. 


Volkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-2.jpgVolkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-3.jpg

ID.X Performance direka dengan pelbagai elemen aerodinamik, digabungkan dengan aksen berwarna merah bagi menyerlahkan aura GTI


Dari bahagian depan, ID.X Performance tampil lebih ‘garang’ berbanding  ID.7 dengan rekaan gril hadapan hitam yang besar dan diffuser gentian karbon dalam aksen merah ala GTI. Dari tepi, model ini menggunakan lingkungan roda hitam yang bersambung dengan skirt sisi dalam aksen merah. Di sebalik lingungan roda, model ini dipasangkan dengan tayar prestasi Michelin Pilot Sport Cup 2 dan rim bersaiz 20 inci. 


Volkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-9.jpgVolkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-5.jpg


Bergerak ke bahagian belakang, ID.X dilengkapi dengan spoiler belakang yang besar, manakala bampar belakang direka lebih rendah dipadankan dengan diffuser gentian karbon - kedua-duanya mempunyai aksen merah sama seperti sudut luar yang lain. Untuk lampu, kesemua unit lampu utama yang digunakan kekal sama seperti ID.7, dengan kedua-duanya mempunyai jalur lampu LED berkelebaran penuh. 


Volkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-10.jpg


Di dalam kabin, tema merah dan hitam kekal digunakan di dalam ID.X dengan kabin yang diberikan aksen dan jahitan merah yang kontra dengan upholsteri hitam yang digunakan. Dari segi rekaan ruang dalaman, tidak jauh berbeza dengan ID.7, kerana masih menggunakan dua skrin – satu untuk sistem infotainmen dan satu untuk kawalan pendingin udara. Pemandu turut mendapat satu lagi skrin tambahan yang halus, berfungsi sebagai kluster instrumen digital. 



ID.X Performance yang dibangunkan berdasarkan kereta konsep  ID.7 ini juga berkongsi platform MEB yang sama. Kuasa diperoleh daripada sistem pacuan roda empat (AWD) dua motor yang memberikan output sebanyak 550 hp (411 kW), peningkatan yang ketara berbanding ID.7 pada 282 hp. 


Peningkatan lain berbanding ID.7 adalah kadar cas maksimum ID.X Performance, kerana menurut VW, model konsep EV ini boleh menyokong lebih dari 200 kW kadar pengecasan pantas DC. Walau bagaimanapun, pengeluar kenderaan tidak mendedahkan sebarang spesifikasi terperinci berkenaan kapasiti bateri dan jarak perjalanan EV maksimum ID.X.


Volkswagen-ID-X-Performance-ConceptEV-7.jpg


Buat masa ini, Volkswagen ID.X Performance kekal sebagai satu rekaan yang membuktikan kepakaran VW untuk menghasilkan EV berprestasi. Syarikat Jerman tersebut sebelum ini pernah berjanji bahawa model ID yang dikeluarkan bakal menerima varian GTX pacuan semua roda yang berprestasi lebih tinggi, dengan model seperti ID.5 sudah diumumkan, diikuti oleh ID.7 GTX baharu dalam masa yang terdekat.

Gallery

Tag:

Volkswagen ID.X
Volkswagen ID.7
Kereta Konsep VW
Kereta Konsep Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai  335 HP!

Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!

Volkswagen memperluaskan barisan model ID.7 dengan pengenalan versi prestasi, Volkswagen ID.7 GTX untuk sedan fastback elektrik ID.7.

06-06-2024
EV
Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023
EV
Video Acah Akhir Volkswagen ID.7 Didedahkan Sebelum Penampilan Global Pertama

Video Acah Akhir Volkswagen ID.7 Didedahkan Sebelum Penampilan Global Pertama

Volkswagen telah mendedahkan video acah Volkswagen ID.7 menjelang penampilan pertamanya di peringkat globalnya tidak lama lagi.

17-04-2023

Berita Terkini

EV
Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV
SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV
Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV
Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026
EV
Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Kurang setahun selepas kemunculan sulungnya di Auto Shanghai 2025, Kumpulan Chery kini menggegarkan pasaran global dengan pelancaran varian elektrik sepenuhnya (EV) bagi trak pikap di bawah jenama Himla.

28-01-2026
EV
Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Arena MPV mewah kini semakin hangat dengan kemunculan Luxeed V9, hasil kolaborasi strategik antara gergasi teknologi Huawei (HIMA) dan Chery.

26-01-2026
EV
JMEV SC-01 'Menakutkan' Jenama Kereta Sport Eropah – Elektrik, Laju, Ringan

JMEV SC-01 'Menakutkan' Jenama Kereta Sport Eropah – Elektrik, Laju, Ringan

Sudahlah laju, ringan pula tu! Model yang dimaksudkan ialah JMEV SC-01, jentera sport elektrik terbaru dari China yang berani mencabar jenama sport lain keluaran Eropah.

26-01-2026
EV
IKM Besut Terajui Pendidikan EV: Pengecas JomCharge Kini Dibuka Untuk Orang Awam

IKM Besut Terajui Pendidikan EV: Pengecas JomCharge Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut kini bukan sekadar pusat latihan kemahiran biasa, malah telah mengukuhkan posisinya sebagai hab teknologi hijau di Pantai Timur.

26-01-2026