Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga

Suhana Veru

3-5-2023

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat kejutan besar kepada pihak media apabila ia memperkenalkan kereta mewahnya Mercedes-Benz GT63S E-Performance 2023 pada Malaysia Autoshow 2023.

Rata-rata media terkejut apabila mendengar harga kayangannya memandangkan ia dijual pada harga RM2.09 juta.

Menurut MBM, GT63S E-Performance membawakan teknologi petrol-elektrik hibrid yang diinspirasikan Formula Satu.

Ia juga merupakan  model E-Performance pertama Mercedes-AMG.


Dengan harganya itu, maka tidak hairanlah jentera ini dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 834 hp dan tork 1,400 Nm.

Jangan terkejut ya!

Sebahagian besar punca ia mampu menghasilkan kuasa secara luar biasa adalah gara-gara hasil buatan tangan AMG 4.0 liter twin-turbo V8 yang dipasang di hadapan.


Ia dipasangkan dengan motor elektrik dengan bateri berkapasiti  6.1 kWj, dimana ia menawarkan kuasa setakat 204 hp  sementara bagi jarak pemanduan elektrik, ia boleh pergi setakat 11 kilometer.

Bagi melengkapkan prestasinya, ia  digabungkan dengan suspensi AMG Ride Control, sistem kawalan dinamik pemanduan AMG Dynamics bersepadu, brek seramik karbon dan pembezaan slip terhad secara elektronik.

Apapun super PHEV ini mampu memecut dari 0 -100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah sekitar 316 km/j.


AMG ini memberikan bacaan penggunaan bahan api 7.9 liter bagi setiap 100 kilometer.manakala purata pelepasan CO2 yang sama rendah iaitu 180 g/km.

Kereta yang diperkenalkan MBM hari ini hadir dalam rona Manufaktur 'Kalahari Gold' yang agak menawan. 

Ia adalah salah satu daripada beberapa warna eksklusif yang ditawarkan untuk model itu.

Antara peralatan lain ialah, ia dilengkapi pek trim luaran AMG Night Package dan AMG Night Package II, pek AMG Exterior Carbon,  rim aloi 21 inci yang menampilkan rona hitam dan berkilauan.


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan tempat duduk AMG Performance dan dibalut dengan kulit nappa, terdapat elemen kemasan AMG dalam karbon, stereng kulit dua tona, tikar lantai yang tertera perkataan AMG, set pelekat dalam tiga varian warna untuk skirt sisi. 

Jika anda berminat untuk melihat jentera ini, datanglah ke Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula esok sehingga 7 Mei ini.

Gallery

Tag:

mercedes-benz AMG
Malaysia Autoshow (MAS)
Mercedes-Benz Malaysia
2023 Mercedes-AMG GT63S E-Performance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K

Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.

03-10-2024
EV

Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.

30-05-2024
Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600

UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.

28-04-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Kereta Baru

Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.

15-04-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.

15-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia

BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre.

14-04-2025