Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bila Toyota Innova Zenix Nak Lancar?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seorang pengguna jalan raya sempat merakam sebuah treler membawa enam unit Toyota Innova Zenix 2023 namun lokasinya tidak didedahkan.

Foto itu dimuat naik ke Facebook RiderAth semalam menyebabkan ia tular di laman sosial.

Ini bermakna Toyota bakal melancarkan Innova Zenix tidak lama lagi dan berkemungkinan besar pelancarannya pada tahun ini. 


Bagaimanapunn, Toyota Innova Zenix generasi ketiga yang lebih dikenali sebagai Toyota Kijang Innova Zenix telah pun membuat penampilan sulungnya di pasaran Indonesia pada tahun lepas.

MPV tujuh tempat duduk ini telah diolah dengan begitu baik sekali sehingga ia kelihatan seolah-olah seperti SUV.

Betul tak?


 Di Indonesia, Innova Zenix hadir dalam versi petrol dan hibrid termasuk tetapan pacuan roda hadapan.

Toyota Innova Zenix serba baharu yang diperkenalkan di Indonesia juga menampilkan kabin serba baharu dengan konfigurasi tempat duduk 3 baris, yang menawarkan tujuh atau lapan tempat duduk.


Sebaliknya, ia  kini diolah semula dengan pandangan premium baharu dengan sebilangan teknologi dan kemudahan semasa.

Malah bergantung kepada varian, ia  turut didatangkan dengan skrin sentuh infotainmen terapung serta panel paparan instrumen digital.

Terdapat juga bumbung kaca panoramik, skrin hiburan belakang bersaiz 10 inci, serta sistem arahan suara dan pintu belakang berkuasa.


Apa yang menjadi teka- teki, harga Toyota Innova Zenix di Malaysia masih belum diketahui tetapi di Indonesia, model asas 2.0G CVT dijual pada harga RM133,000, manakala varian hibrid bermula dari RM143,000.

Apa pula pandangan anda? Adakah UMW Toyota bakal memperkenalkan varian hibird  Innova Zenix  tidak lama lagi? Kongsikan..


Gallery

Tag:

TOYOTA INNOVA ZENIX
Toyota Innova
UMW Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Toyota Innova Zenix 2023 Baru | Ruang Terbaru Yang Lebih Mewah

Toyota Innova Zenix 2023 Baru | Ruang Terbaru Yang Lebih Mewah

21-06-2023
Berita Auto

Jangan Risau, Innova Lama Masih Ada

UMT Motor mengesahkan Toyota Innova lama dijual seperti biasa.

21-06-2023
Kereta Baru

Yang Ditunggu-Tunggu, Akhirnya SAMPAI!!!

UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan Toyota Innova Zenix.

21-06-2023
Kereta Baru

Pasal Pelancaran Innova Zenix, UMW Toyota Kunci Mulut

Sudah timbul spekulasi di semua portal berita automotif tempatan bahawa Toyota Innova Zenix 2023 akan dilancarkan secara rasminya pada 21 Jun ini.

20-06-2023
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.

06-01-2023
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.

06-01-2023
Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.

12-04-2025
Global

Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras

Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.

21-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026