Link Copiedcheck_circle
EV

FedEx Guna EV Sepenuhnya Menjelang 2040

Sofea Najmi

Kongsi melalui



FedEx Express (FedEx), anak syarikat kepada FedEx Corp. dan salah satu syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, mengumumkan penambahan kenderaan elektrik (EV) dalam barisan armadanya di Malaysia. 


Dua buah EV pertama telah berjaya digunakan dalam operasi pengambilan dan penghantaran bungkusan di Lembah Klang. 


Penggunaan kenderaan bebas emisi ini dapat mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan kualiti udara di kawasan bandar. 


Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia dan Thailand, Tien-Long Woon menyatakan bahawa penggunaan EV merupakan salah satu matlamat kelestarian alam FedEx. Langkah ini sejajar dengan komitmen kerajaan Malaysia dalam mempromosikan penggunaan EV untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan mencapai sasaran  pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. 




FedEx telah menggunakan EV di pelbagai negara di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika, dengan penggunaan EV terbesar di China. Selain itu, FedEx juga telah menguji EV di India, Thailand, Afrika Selatan, dan Emiriah Arab Bersatu dalam usaha untuk mencapai matlamat pengurangan emisi.


FedEx menyasarkan untuk beroperasi dengan EV sepenuhnya menjelang tahun 2040. Untuk tujuan ini, FedEx Express telah menetapkan sasaran untuk membeli 50% daripada kenderaan penghantaran baharu sebagai EV menjelang tahun 2025, dan 100% EV pada tahun 2030. 


Usaha melestarikan yang dijalankan syarikat tidak terhenti di situ, FedEx juga proaktif dalam memastikan sumber diuruskan dengan cepat dan penuh tanggungjawab. Antara inisiatif yang diambil termasuk penjimatan bahan api, pelaburan dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui, dan pelaksanaan solusi pembungkusan mampan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai matlamat pembangunan lestari syarikat, boleh merujuk Laporan ESG terkini yang telah dikeluarkan FedEx. 


Tag:

FedEx
FedEx Malaysia
kenderaan penghantaran EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV