Link Copiedcheck_circle
EV

Hap Seng Smart Dilantik Pengedar Rasmi Pertama EV Smart di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengimport dan pengedar rasmi kenderaan pintar di Malaysia dan Thailand, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) baru-baru ini telah melantik Hap Seng Smart Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi pertama kenderaan elektrik (EV) smart. Syarikat tersebut bakal memasarkan model pertama, smart #1 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


Hap Seng Smart Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada firma gergasi, Hap Seng Group yang telah beroperasi selama lima dekad dan bertanggungjawab menguruskan beberapa jenama mewah seperti Mercedes-Benz.




Menjelang penghujung tahun ini, Hap Seng Smart bakal membuka bilik pameran smart di dua lokasi iaitu Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, dan Balakong, Selangor.




Mengulas mengenai pengumuman penting PRO-NET, CEO firma tersebut, Zhang Qiang berkata, "PRO-NET percaya kecemerlangan automotif bukan sekadar mencipta kenderaan terbaik. Ia juga bermakna menyediakan pengalaman dan perjalanan pembelian runcit yang lancar dan komprehensif. Pengedar baharu ini menandakan kemasukan PRO-NET ke pasaran runcit automotif mewah, serta pasaran EV terkini di Malaysia."


COO Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan CEO Bahagian Automotif Hap Seng, Harald Behrend meluahkan kegembiraannya terhadap pengumuman penting ini bersama PRO-NET. Menurut beliau, tindakan ini selari dengan hasrat mereka untuk menjadi pelopor dalam industri EV dan menyokong aspirasi EV Malaysia.


"Kerjasama antara Hap Seng Group melalui Hap Seng Smart dan PRO-NET tidak hanya mencerminkan keyakinan kami terhadap daya tarikan smart, malah menunjukkan komitmen kami untuk mempromosikan mobiliti rendah karbon di Malaysia," katanya.




Pelantikan Hap Seng Group sebagai pengedar rasmi pertama bagi jenama smart bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana firma tersebut terkenal sebagai salah satu pengedar Mercedes-Benz terkemuka di negara ini sejak tahun 1969 lagi.




Pengalaman luas yang dimiliki syarikat tersebut dalam menawarkan pengalaman runcit automotif mewah dapat membawa jenama smart ke arah yang betul, menjadikannya pemimpin segmen EV mewah negara ini.

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
PRO NET
Hap Seng Smart Sdn Bhd
smart #1
Hap Seng Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026