Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

8.-A-quick-stop-at-Proton-City.jpg

Proton New Energy Technology (PRO-NET), pengedar rasmi kenderaan smart di Malaysia, meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia dengan menganjurkan konvoi ke Kerling, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penerangan PRO-NET dan Ketua Unit Perniagaan smart, Sua Chek Hoong menyifatkan dua tahun yang lalu merupakan satu perjalanan yang mengujakan bagi smart di Malaysia.

"Aktiviti pemanduan ini adalah satu sambutan untuk pemilik kami dengan semangat mereka yang telah kita bina bersama, membuktikan bahawa smart lebih daripada sekadar sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Sambutan ulang tahun ini mempamerkan perjalanan smart bukan sekadar sebagai pengeluar kereta, tetapi juga sebagai jenama gaya hidup automotif, yang semakin mendapat tempat di hati pengguna serta disokong komuniti pemilik yang aktif.

Sejak pelancarannya di Malaysia pada 2023, smart bukan lagi sekadar jenama kereta, tetapi telah menjadi sebuah komuniti pemilik yang menghargai kelestarian, gaya dan inovasi. 

17.-smart-2nd-Anniversary-smart-Owners-Casual.jpg

Program ini bermula dari bilik pameran smart Glenmarie di Shah Alam menuju Beacon Resort di Kerling, Selangor, untuk satu hari yang dipenuhi dengan beberapa aktivi menarik.

Aktiviti ini memberi peluang kepada pemilik smart untuk terus berhubung, berkongsi pengalaman, dan meraikan minat mereka terhadap gaya hidup smart dalam suasana santai dan menyeronokkan. 

10.-smart--5-convoy.jpg

Konvoi ini disertai 38 kenderaan smart, menonjolkan kepelbagaian barisan EV serta semangat yang semakin berkembang terhadap smart di Malaysia, termasuk 19 smart #1, 14 smart #3, dan 5 smart #5.

Sambutan Ulang Tahun Ke-2 ini menegaskan komitmen smart dalam membina dan memperkukuh komuniti pemilik yang berfikiran smart, meneruskan hubungan yang bermula sejak kali pertama pelanggan melangkah ke bilik pameran. 

Untuk maklumat lanjut, layari my.smart.com


Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
smart #1 Malaysia
smart#5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
EV

05-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025

Berita Terkini

Gaya Hidup
Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup
Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup
Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan  150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026
Gaya Hidup
“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.

04-03-2026
Gaya Hidup
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Gaya Hidup
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025