Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Was-Was Beli Proton X90, Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui


PROTON X90 baru sahaja dilancarkan semalam namun tahukah anda, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen D ini  telah menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP  dengan mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 83.75 mata.

Proton X90 ini telah diuji di makmal China Automotive Technology and Research Center (CATARC) di China.


Ia dinilai berdasarkan protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025 di mana ia menekankan ciri-ciri ADAS termasuk ujian brek kecemasan autonomi (AEB) dan keselamatan penunggang motosikal.


Dari segi keselamatan penumpang dewasa, X90 memperoleh 30.20 daripada 32 mata memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg udara.

Bagi Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) pula, SUV segmen-D ini mencatatkan skor 45.37 daripada 51 mata keseluruhan.


Malah, untuk protokol ujian bantuan keselamatan yang baru ditambah, X90 menunjukkan prestasi yang agak baik untuk bahagian ujian AEB kerana berupaya mengesan pejalan kaki.

Bukan itu sahaja, pengesanan titik buta dan keselamatan penunggang motosikal juga memperoleh penilaian yang cukup memuaskan.


Secara keseluruhan, SUV ini berjaya menerima penarafan 5 bintang dalam segmen ini, dengan mencatatkan16.5 daripada 21 mata maksimum.

Selain  X90, model X50 dan X70 juga mendapat penarafan 5 bintang untuk ujian ASEAN NCAP, walaupun kedua-dua model telah diuji berdasarkan protokol ujian ASEAN NCAP 2017-2020 sebelum ini, ia tidak termasuk segmen ujian ADAS.

Proton X90 2023 didatangkan dalam empat varian dan ia ditawarkan serendah RM123,800. 


Gallery

Tag:

Proton X90 ASEAN NCAP
2022 Proton X50
Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

LAPORAN: Tiada Lagi Enjin 1.8 TGDi Untuk X70?

Proton X70 bakal menggunakan enjin 1.5 TGDi.

09-05-2024
Berita Auto

Jualan Proton Naik Lagi Sebab Saga?

Macam biasa, Saga sentiasa paling laris dalam mana-mana pasaran.

06-05-2024
Global

Auto China 2024: Tiggo 4 PRO Bakal Saing Dengan Ativa, WR-V

Kemasukan Chery Tiggo 4 Pro bakal menggegarkan pesaing terdekat.

28-04-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Proton Terus Mencanak

Proton mengekalkan kedudukan selesa di pasaran automotif.

05-12-2023
Berita Auto
Berita Auto

Jualan PROTON Melonjak

Proton jual 9,415 unit kenderaan bulan April.

06-05-2023
Berita Auto

Baru Sahaja Sebulan, Jualan Proton Melonjak?

Proton membuka tirai tahun 2023 dengan begitu baik apabila jualannya meningkat 162 peratus dengan 11,681 unit kenderaan terjual pada Januari 2023.

06-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto