- Berita
- Berita Auto
- Jangan Ingat Boleh Terlepas Daripada JPJ!

Siapa kata kalau perbaharui lesen sehingga 10 tahun, anda akan terlepas daripada tindakan penguatkuasaan?
Anda silap besar!
Ini kerana Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan tetap akan dilaksanakan jika anda melakukan kesalahan jalan raya.
Tetapi bagaimana?
Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada satu sistem yang mampu mengesan pesalah yang melakukan kesalahan di jalan raya.

“Kami ada cara lain iaitu digital. Misalnya, jika mereka terlibat dalam kes kemalangan, hukuman gantung lesen tetap dilaksanakan.
Ini bukan bermaksud, pemegang lesen yang sudah perbaharui lesen mereka sehingga 10 tahun terkecuali daripada sebarang penguatkuasaan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke JPJ Seremban.

Malah, beliau turut berkesempatan memperbaharui lesen memandunya sehingga 10 tahun.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.
Menyentuh mengenai pembaharuan lesen memandu, beliau berkata pemegang lesen memandu Malaysia untuk semua kategori layak mendapat diskaun 10 peratus.
“Potongan 10 peratus diberikan sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun di mana tahun ke-10 diberikan percuma kepada orang ramai.
“Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai,”katanya
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
