- Berita
- Global
- Lexus LBX Bakal Muncul Tak Lama Lagi

Lexus menyiarkan beberapa imej teaser Lexus LBX yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 Jun ini di Milan, Itali.
Gamabr pertama menunjukkan bahagian hadapan LBX dimana lampu depannya adalah jenis LED yang agak tajam manakala lampu nyalaan siang hari pula berbentuk L.
Kedua-dua lampu depan disambungkan seperti kemasan krom yang terletak di atas gril hadapan sekali gus menampilkan reka bentuk yang ada ada pada Lexus RX.
Selain gril, LBX juga disaluti dengan warna Sonic Copper yang sama seperti RX.
Menjengah bahagian belakang pula, terdapat lampu belakang jenis LED yang merentangi bahagian punggungnya.

Buat masa ini, itu sahaja yang dapat dilihat memandangkan kebanyakan bahagian lain digelapkan bagi mengaburi mata pembaca.
Ketika ini , Lexus UX adalah sebagai SUV terkecil yang mampu menyaingi seterunya seperti Mercedes-Benz GLA dan BMW X1.
Portal berita automotif, Motor1 menyatakan bahawa LBX akan berkongsi platform GA-B dengan Yaris Cross.

Sebagai rujukan, Toyota Yaris Cross berasaskan TNGA berukuran sepanjang 4,200 mm manakala Lexus UX pula 4,500 mm.
Selain itu, ada juga kemungkinan bahawa LBX akan ditawarkan dengan trenkuasa hibrid yang sama seperti Yaris Cross yang terdiri daripada enjin petrol 1.5-liter, sebuah motor elektrik tunggal dan transmisi jenis CVT.
Ia mampu menghamburkan kuasa setakat 114 hp.

Apapum, walaupun imej teaser ini telah mengejutkan seluruh industri, namun khabar angin mengenai model SUV kompak Lexus baharu ini telah bertiup kencang sejak awal tahun ini.
Di sebalik itu, ada juga yang berpendapat bahawa SUV kompak baharu ini akan menentang Audi Q2 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Apa jua pandangan orang ramai, nantikan kemunculan LBx 2024 di Milan nanti.
Dengan pelancarannya yang berlangsung di Eropah, terdapat kemungkinan besar bahawa LBX akan menjadi model eksklusif di Eropah, sama seperti kembarnya, Yaris Cross.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
