Link Copiedcheck_circle
Global

Lexus LBX Bakal Muncul Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lexus menyiarkan beberapa imej teaser Lexus LBX yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 Jun ini di Milan, Itali.

Gamabr pertama menunjukkan bahagian hadapan LBX dimana lampu depannya adalah jenis LED yang agak tajam manakala lampu nyalaan siang hari pula berbentuk L.

Kedua-dua lampu depan disambungkan seperti kemasan krom yang terletak di atas gril hadapan sekali gus menampilkan reka bentuk yang ada ada pada Lexus RX.

Selain gril, LBX juga disaluti dengan warna Sonic Copper yang sama seperti RX.

Menjengah bahagian belakang pula, terdapat lampu belakang jenis LED yang merentangi bahagian punggungnya.


Buat masa ini, itu sahaja yang dapat dilihat memandangkan kebanyakan bahagian lain digelapkan bagi mengaburi mata pembaca.

Ketika ini , Lexus UX adalah sebagai  SUV terkecil yang mampu menyaingi seterunya seperti Mercedes-Benz GLA dan BMW X1. 

Portal berita automotif, Motor1 menyatakan bahawa  LBX akan berkongsi platform GA-B dengan Yaris Cross.


Sebagai rujukan, Toyota Yaris Cross berasaskan TNGA berukuran sepanjang 4,200 mm manakala Lexus UX pula 4,500 mm.

Selain itu, ada juga kemungkinan bahawa LBX akan ditawarkan dengan trenkuasa hibrid yang sama seperti Yaris Cross yang terdiri daripada enjin petrol 1.5-liter, sebuah motor elektrik tunggal dan transmisi jenis CVT.

Ia mampu menghamburkan kuasa setakat 114 hp.


Apapum, walaupun imej teaser ini telah mengejutkan seluruh industri, namun khabar angin mengenai model SUV kompak Lexus baharu ini telah bertiup kencang sejak awal tahun ini.

Di sebalik itu, ada juga yang berpendapat bahawa SUV kompak baharu ini akan menentang Audi Q2 yang dikeluarkan baru-baru ini.


Apa jua pandangan orang ramai, nantikan kemunculan LBx 2024  di Milan nanti.

Dengan pelancarannya yang berlangsung di Eropah, terdapat kemungkinan besar bahawa LBX akan menjadi model eksklusif di  Eropah, sama seperti  kembarnya, Yaris Cross.


Gallery

Tag:

Lexus LBX
teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K

Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).

23-07-2024
EV

Info Penting Volvo EX30 Terbongkar! Berpunca Laman Web Rasmi Volvo Sendiri?

Beberapa info penting Volvo EX30 terbongkar! Klik untuk pendedahannya...

29-05-2023
Berita Auto

"EMO" Habis, PERODUA Nak Buat Gempak, Datanglah Autoshow

Dengar khabar, PERODUA nak tayang kereta konsep.

28-04-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026