Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Serah Atau Lupuskan Nombor Plat Kenderaan Lama?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) menggesa kerajaan melaksanakan satu sistem yang membolehkan pemilik kenderaan menyerahkan atau melupuskan nombor plat kenderaan mereka  secara sukarela kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor berkata, buat masa ini bagi sesiapa yang merancang untuk menukar nombor plat pendaftaran kereta, mereka hanya boleh memindahkan nombor kereta lama kepada kenderaan baharu.

Mengulas lanjut mengenai masalah itu, beliau mendakwa ada pembeli kereta terpakai yang berminat untuk mengekalkan nombor kereta lama.

“Namun, proses yang panjang dan kos untuk menyelesaikannya adalah salah satu sebab orang ramai lebih suka membeli kereta baharu daripada membeli kereta terpakai,” katanya.

image.png

Menurutnya, ada juga pembeli terpaksa membeli motosikal baharu yang tidak berdaftar dengan harga RM1,800 dan kemudian ke JPJ untuk memindahkan nombor dari kereta lama kepada motosikal. 

“Proses ini memakan waktu yang lama dan cukup membebankan,” katanya.

Untuk itu, beliau berharap supaya kerajaan membangunkan satu sistem  untuk membolehkan para pemilik melupuskan atau menyerahkan nombor pendaftaran mereka secara sukarela.

Berdasarkan laman web JPJ, pemindahan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada kini terhad kepada kenderaan baharu yang dimiliki individu sama.

image.png

Ujar Tony, prosedur yang sedia ada itu telah menghalang sejumlah besar pembeli yang mahu membeli kereta terpakai.

Ini kerana kebanyakan pembeli  lebih suka untuk mengekalkan nombor pendaftaran kereta sedia ada apabila membeli kereta terpakai lain, namun malangnya ia memerlukan kos tambahan.

Susulan itu, hanya 400,000 kereta terpakai mampu dijual pada saban tahun (sejak tahun 2020) berbanding kereta baharu iaitu 720,000 pada tahun yang sama.

Maka, Tony berpendapat, Langkah melupuskan nombor plat pendaftaran adalah satu penyelesaian terbaik.

Statistik FMCCAM  menunjukkan bahawa 67% daripada pemandu kenderaan menukar kereta lama mereka kepada yang baharu.

Tony juga berharap bahawa kerajaan mempercepatkan pelaksanaan sijil pemilikan kenderaan (VoC) secara dalam (dahulunya dikenali sebagai geran kereta) bagi melancarkan urusan pentadbiran.


Gallery

Tag:

JPJ
Federation of Motor and Credit Companies Association of Malaysia (FMCCAM)
kereta terpakai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Berita Auto

Bidaan P1P Cecah RM1.1 Juta! Ini Senarai Nombor Plat Siri P_P Paling Mahal

Hasil P_P Untuk Rakyat: RM21.6 Juta Bidaan Nombor Plat Bakal Biayai MyLESEN & Topi Keledar.

27-04-2026
Berita Auto

JPJ Lantik Siti Nurhaliza Ikon Keselamatan Jalan Raya

Siti Nurhaliza Galas Tugas Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ.

25-04-2026
Berita Auto

Lebih 6,000 Orang Bida Nombor Plat P_P

Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri “P_P” melalui sistem dalam talian JPJeBid menerima sambutan yang amat memberangsangkan.

24-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.

08-05-2026
Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026