Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subaru x Russ Swift Stunt Show: Saksikan Kemampuan Sebenar Subaru di SCCC 6-7 Mei Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sukakan cabaran dan melihat aksi mendebarkan? Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara Subaru x Russ Swift Stunt Show yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Mei ini di Car Park B, Setia City Convention Centre.


Saksikan pemegang Guinness World Record, Russ Swift melakukan aksi hebat seperti Swift Parking, J-turns, Donut Spins, Dance Routine dan sebagainya yang dapat membuatkan jantung berdegup laju. Terbuka kepada umum, dengan tiga pertunjukan setiap hari pada jam 2 petang, 4 petang, dan 6 petang.


Subaru Forester facelift 2023 yang dilancarkan di Sunway Pyramid Rabu lalu


Baca: Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K


Acara istimewa ini diadakan bukan sahaja untuk menghiburkan pengunjung tetapi juga untuk membuktikan kemampuan teknologi canggih Subaru. Sesi Subaru Advanced Technology Drive (SATD) membolehkan orang ramai menguji keupayaan Subaru melalui laluan berhalangan yang telah direka khas:



Sistem X-MODE pada Forester 


  • Slip Roller: Peserta boleh merasai sendiri kecanggihan sistem pacuan semua roda simetri (SAWD) Subaru semasa melalui jalan yang licin di Slip Roller. Sistem SAWD merupakan sejenis sistem yang sentiasa memantau keempat-empat roda kenderaan. Ia berfungsi selari dengan sistem kawalan dinamik kenderaan (VDC) bagi memaksimumkan daya cengkaman dan mengembalikan kestabilan kenderaan.
  • Cross Roller: Peserta dapat menguji kekukuhan casis jentera, jarak kelegaan tanah yang secukupnya, sistem X-MODE dan VDC yang membolehkan Forester menempuhi jalan dengan selamat dan stabil walaupun dengan satu tayar terangkat.
  • EyeSight Pre-Collision Throttle Management: Mempamerkan bagaimana EyeSight berfungsi sebaik mengesan halangan di bahagian hadapan.
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran EyeSight: Ketahui bagaimana EyeSight berfungsi untuk melindungi anda dan penumpang anda jika potensi perlanggaran depan dikesan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi menarik ini! Jom ke Setia City Convention Centre hujung minggu ini!


Tag:

Subaru Malaysia
Subaru x Russ Swift Stunt Show
Russ Swift
Subaru Advanced Technology Drive (SATD)
Setia City Convention Centre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

04-03-2025
Kereta Baru

Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam di Malaysia. Ini spesifikasinya...

20-09-2024
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...

16-02-2024
Global

Harga Masih Belum Dedah Tapi Dah Boleh Tempah

Subaru WRX TR menerima casis dan brek Brembo yang sudah dinaiktraf

10-10-2023
Berita Auto

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.

09-05-2023
Kereta Baru

Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K

TC Subaru Sdn Bhd, semalam telah memperkenalkan empat varian terbaharu Subaru Forester.

04-05-2023
Berita Auto

Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia

10 unit Subaru BRZ serba baharu habis terjual sebaik dipertontonkan.

17-08-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025