Link Copiedcheck_circle
EV

Tangan Ghaib Siapa Ni Bocorkan Imej EX30

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebulan lagi Volvo EX30 bakal dilancarkan namun malangnya, imejnya sudah tersebar meluas di internet.

Sebaliknya, imej paten yang tertiris itu hanya memaparkan bahagian luarannya.


Disiarkan di halaman forum automotive, Sepanyol Cochespias, laporan itu berkata,  imej itu  menggambarkan EX30 menggunakan reka bentuk dan gaya yang serupa seperti adiknya yang lebih besar, EX90.

Dari hadapan, ia menampilkan fasia hadapan tanpa gril dan dipadankan dengan reka bentuk lampu utama Mjolnir yang ikonik.

Walaupun tiada logo Iron Mark terdapat dalam imej paten tersebut, kita boleh membuat andaian bahawa EX30 juga akan menggunakannya, sama seperti model Volvo yang lain.




Profil sisi imej paten EX30 mempamerkan siluet SUV tipikal seperti kotak, serta ciri SUV standard seperti ada lapisan di bahagian bawah badan. 


Memandangkan ini hanyalah imej paten semata-mata, kami tidak dapat melihat reka bentuk sebenar roda, mahupun ukuran dimensinya.

Di bahagian belakang, EX30 memaparkan reka bentuk lampu belakang yang agak serupa dengan EX90, tetapi dengan sedikit sentuhan tambahan.

Ia juga hadir dengan yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang kiri dan kanan.

Ada kemungkinan ia adalah bar lampu LED seperti yang kita lihat dalam banyak EV moden pada masa kini. 

Apa yang cukup menarik ialah, imej paten ini juga menampilkan paparan dari atas. Jika mengamati dengan lebih dekat, nampaknya EX30 akan didatangkan dengan bumbung kaca.



Walaupun kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara ini, beberapa model Volvo standard semuanya didatangnya dengan bumbung kaca panoramik, termasuk EX90 – sekali gus  menjadikan andaian ini lebih munasabah.

Volvo EX30 dijangka akan menggunakan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely.


Dari segi trenkuasa,  EX30 berkemungkinan menggunakan trenkuasa seperti  Volvo C40 dan XC40 Recharge, dimana ia didatangkan dalam pacuan roda belakang motor tunggal (RWD) dan dua motor pacuan semua roda.


Apapun, kita tunggu sahaja pelancaran rasmi EX30 yang diadakan pada 7 Jun ini.

Gallery

Tag:

EX30 VOLVO
VOLVOEX30
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Selepas Volvo membuka pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30 bakal membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 25 September ini.

27-08-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026