- Berita
- EV
- Toyota, Suzuki & Daihatsu Pamer Kereta Kei Elektrik, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Toyota, Suzuki & Daihatsu Pamer Kereta Kei Elektrik, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Semakin hari, semakin ramai menyedari betapa pentingnya untuk mencari penyelesaian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Kita berada di dalam era di mana kenderaan elektrik (EV) menjadi tumpuan sebagai jawapan kepada isu yang menyelubungi dunia, pelepasan karbon dioksida yang berbahaya kepada alam sekitar.
Jika dilihat dari perspektif lain, bukan sekadar EV yang boleh menjadi penyelesaian, tetapi juga penghasilan kereta kecil atau Kei car. Kei car merupakan sejenis kenderaan kecil yang menggunakan bahan api tetapi dengan enjin dalaman yang kecil dan efisien, hanya meninggalkan jejak karbon yang kecil apabila digunakan.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi kereta Kei pada masa hadapan, tiga pengeluar - Toyota, Suzuki, dan Daihatsu - telah bersatu untuk memperkenalkan varian elektrik tulen bagi model van Kei masing-masing.
Dipamerkan semasa acara istimewa yang dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun (JAMA), ketiga-tiga prototaip EV Kei yang dipamerkan telah direka berdasarkan van komersial Daihatsu Hijet Kei generasi semasa.
Secara visual, ketiga-tiga EV Kei Toyota Pixis, Suzuki Every dan Daihatsu Hijet ini tidak begitu berbeza dengan model yang menggunakan enjin pembakaran (ICE), kecuali penambahan port pengecas EV di bahagian bampar hadapan, dan ketiadaan ekzos. Sebagai sebuah van Kei komersial, kesemua model ini hadir dalam bentuk badan ‘kotak’ yang merupakan elemen biasa pada sebuah kereta Kei.
Ketiga-tiga pengeluar masih belum mendedahkan secara terperinci mengenai trenkuasa kesemua model EV ini. Namun, trenkuasa EV ini dilaporkan akan dibangunkan kesemua syarikat Jepun ini bersama-sama. EV kecil ini dijangka dapat mencapai sekurang-kurangnya 200 km dan dibina menggunakan platform DNGA.
Versi pengeluaran EV Kei ini akan didedahkan dalam masa terdekat. Sepertimana model ICE yang lain, van Kei elektrik akan dikeluarkan oleh Daihatsu di negara Jepun. Sebaik dilancarkan nanti, ketiga-tiga van elektrik ini bakal menjadi pesaing terdekat kepada model kereta seperti Mitsubishi Minicab MiEV dan Honda N-Van.
Anda mungkin berminat untuk baca:
[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv