Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota, Suzuki & Daihatsu Pamer Kereta Kei Elektrik, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semakin hari, semakin ramai menyedari betapa pentingnya untuk mencari penyelesaian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Kita berada di dalam era di mana kenderaan elektrik (EV) menjadi tumpuan sebagai jawapan kepada isu yang menyelubungi dunia, pelepasan karbon dioksida yang berbahaya kepada alam sekitar. 


Jika dilihat dari perspektif lain, bukan sekadar EV yang boleh menjadi penyelesaian, tetapi juga penghasilan kereta kecil atau Kei car. Kei car merupakan sejenis kenderaan kecil yang menggunakan bahan api tetapi dengan enjin dalaman yang kecil dan efisien, hanya meninggalkan jejak karbon yang kecil apabila digunakan. 




Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi kereta Kei pada masa hadapan, tiga pengeluar - Toyota, Suzuki, dan Daihatsu - telah bersatu untuk memperkenalkan varian elektrik tulen bagi model van Kei masing-masing. 




Dipamerkan semasa acara istimewa yang dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun (JAMA), ketiga-tiga prototaip EV Kei yang dipamerkan telah direka berdasarkan van komersial Daihatsu Hijet Kei generasi semasa.




Secara visual, ketiga-tiga EV Kei Toyota Pixis, Suzuki Every dan Daihatsu Hijet ini tidak begitu berbeza dengan model yang menggunakan enjin pembakaran (ICE), kecuali penambahan port pengecas EV di bahagian bampar hadapan, dan ketiadaan ekzos. Sebagai sebuah van Kei komersial, kesemua model ini hadir dalam bentuk badan ‘kotak’ yang merupakan elemen biasa pada sebuah kereta Kei. 




Ketiga-tiga pengeluar masih belum mendedahkan secara terperinci mengenai trenkuasa kesemua model EV ini. Namun, trenkuasa EV ini dilaporkan akan dibangunkan kesemua syarikat Jepun ini bersama-sama. EV kecil ini dijangka dapat mencapai sekurang-kurangnya 200 km dan dibina menggunakan platform DNGA. 


Versi pengeluaran EV Kei ini akan didedahkan dalam masa terdekat. Sepertimana model ICE yang lain, van Kei elektrik akan dikeluarkan oleh Daihatsu di negara Jepun. Sebaik dilancarkan nanti, ketiga-tiga van elektrik ini bakal menjadi pesaing terdekat kepada model kereta seperti Mitsubishi Minicab MiEV dan Honda N-Van.

Anda mungkin berminat untuk baca:

[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...

Tag:

Kei EV Van
Kei car
kereta Kei
kereta kecil
EV Kecil
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
EV

Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan

Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV.

02-10-2025
Global

Honda N-One e: Dengan Kit Mugen: Comel Tetapi ‘Bertaring’, Jadi JDM Sporty

Imej comel Honda N-One e: berubah sepenuhnya dengan kehadiran kit badan daripada syarikat penalaan rasmi Honda, Mugen.

14-08-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026