Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

“Zoom Meeting” Dalam Kereta? Tak Mustahil Dengan Android Auto

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Android Auto kini lebih canggih dengan penawaran ciri baharu iaitu aplikasi sidang video. Pengumuman ini dibuat pada 11 Mei lalu semasa persidangan tahunan Google I/O.

Kemas kini perisian Android Auto yang akan ditawarkan tidak lama lagi ini bakal menyediakan aplikasi baharu seperti Zoom, Microsoft Teams dan Webex, membolehkan pemandu “menyertai mesyuarat penting tanpa mengalihkan perhatian daripada jalan raya.”




“Walaupun kita semua gemar mendengar muzik atau podcast semasa perjalanan, kadangkala kesesakan lalu lintas atau urusan kerja mempunyai perancangan lain," kata ketua jurutera projek, David Dandeneau semasa memperkenalkan fungsi baru dalam persidangan tersebut. 




Tambahnya lagi, ciri ini membolehkan pengguna mengikuti mesyuarat yang dirancang tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran memegang telefon bimbit. 


Ini hanyalah satu daripada pelbagai lagi ciri baharu yang telah diperkenalkan untuk menjadikan kenderaan seperti sebuah “komputer.”




Pengguna Android Auto kini boleh menonton video YouTube dan bermain permainan video semasa kereta di petak parkir. 


Ciri sidang video yang ditawarkan ini merupakan sebahagian daripada realiti “dunia pasca pandemik” yang mana pelbagai syarikat kini membenarkan pekerja bekerja secara hibrid atau dari rumah dengan jangkaan bahawa mereka boleh mengikuti mesyuarat di mana sahaja, pada bila-bila masa, termasuklah semasa berada di dalam kesesakan trafik. 


Menurut Google, aplikasi-aplikasi sidang video ini akan tersedia dalam 200 juta kenderaan menjelang penghujung tahun ini. 


Tag:

Zoom
Google
Android Auto
Zoom Meeting
aplikasi Android Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Google Maps Akan Mula Bagi Info Harga Tol & Cadangan Laluan Termurah – Fakta Atau Auta?

Google Maps dilaporkan sedang melakukan usaha pengemaskinian sistem.

27-08-2021
Teknologi

Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...

28-01-2025
Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Teknologi

Ciri Canggih Baharu Android Auto & Google Built-In Diperkenalkan di CES 2024

Google telah mengumumkan kemas kini baharu bagi perisian Android Auto dan Google Built-In. Ini kupasannya...

11-01-2024
Berita Auto

Nissan Almera Kini Menyokong Android Auto

ETCM telah mendedahkan kemas kini terbaru Nissan Almera, kali ini dengan Android Auto!

28-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026