- Berita
- Teknologi
- Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju? Sejak diperkenalkan hampir 10 tahun lalu, teknologi sambungan ini telah merevolusikan pengalaman dalam kenderaan. Walaupun kini kedua-duanya ditawarkan di dalam banyak kenderaan, tidak semua model menawarkan versi sambungan tanpa wayar. Salah satu jenama yang hadir dengan ciri sambungan yang mudah tanpa wayar untuk kesemua modelnya ialah Chery.
Sambungan Tanpa Wayar: Mudah dan Praktikal
Dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, sambungan telefon pintar kepada sistem infotainmen Chery menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu menyambungkan telefon kepada sistem infotainmen melalui Bluetooth. Setelah sistem infotainmen menyimpan peranti yang dihubungkan, sambungan akan berlaku secara automatik setiap kali enjin kereta dihidupkan.
Navigasi Lebih Selamat dan Mudah
Setelah sambungan dibuat dengan ‘sepantas kilat’, anda boleh terus memanfaatkan pelbagai aplikasi yang ditawarkan. Antara aplikasi yang penting bagi ramai pengguna ialah Google Maps atau Waze. Tanpa perlu mengalihkan perhatian kepada telefon pintar, navigasi menjadi lebih mudah dan selamat kerana semuanya terpapar jelas pada skrin infotainmen yang terletak pada paras pandangan mata pemandu.
Pembantu Digital Peribadi
Sistem ini turut didatangkan dengan ciri pembantu digital peribadi, iaitu Google Assistant untuk Android Auto dan Siri untuk Apple CarPlay. Dengan hanya menggunakan suara (“Hi Google” atau “Ok Google” untuk Android Auto dan “Hey Siri” untuk Apple CarPlay) atau butang khas pada stereng untuk mengaktifkan ciri ini, pemandu boleh mengakses fungsi seperti menetapkan destinasi, menghantar mesej, menjawab panggilan dan memainkan lagu kegemaran. Penggunaan suara ini menjadikan pemanduan lebih selamat kerana pemandu tidak perlu menggunakan skrin sentuh.
Hiburan yang Mengasyikkan
Aplikasi muzik seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music juga disediakan untuk menjadikan pengalaman di dalam kenderaan lebih menyeronokkan. Menambahkan keasyikan, kesemua model Chery didatangkan secara standard dengan sistem audio premium Sony.
Ciri Premium untuk Semua Model Chery
Baca: Chery Tiggo 8 Pro Max Raih ANCAP 5 Bintang!
Promosi Menarik dari Chery Auto Malaysia
Sempena hujung tahun, Chery Auto Malaysia menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk semua model Chery. Selain itu, pelanggan yang membeli kenderaan Chery bermula 1 hingga 31 Disember 2024 ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000, termasuk hadiah utama sebuah Chery Omoda 5 C. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Chery Auto Malaysia.
Baca: Ini 3 Benda Kakak Nak Dedah Tentang Tiggo 8 Pro!
Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv