Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anak Tingkatan 1 Pandu Kereta, Mak Pulak Kena Saman

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan bersama rakan sekolahnya selepas didapati memandu sebuah Proton Iswara di Jalan Rozhan, Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San.

“Kita mengesan satu klip video berdurasi 32 saat yang tular di WhatsApp yang memaparkan seorang remaja 13 tahun memandu sebuah kereta bersama rakannya.

"Mereka telah ditahan oleh orang awam di lokasi berkenaan selepas memandu kira-kira 4 kilometer (km) dari rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak polis telah  menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bersama ibunya yang berusia lewat 40-an dan rakan sekolahnya. 

image.png

Polis turut menyita kereta Proton Iswara tersebut untuk membantu siasatan.

Satu notis saman dikeluarkan ke atas remaja yang memandu kereta itu di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tiada lesen memandu.

“Kita juga telah menyaman ibu remaja tersebut yang juga pemilik kenderaan di bawah Seksyen 39 ( 5 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor," tambahnya.

Hasil siasatan mendapati terdapat empat remaja di dalam kereta terbabit namun dua sudah ditahan manakala dua lagi sedang diburu.

Ingat, jangan biarkan anak anda memandu atau menunggang motosikal kerana perbuatan itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri sebaliknya pengguna jalan raya yang lain.


Gallery

Tag:

iswara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026