Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

FOTO INTIP: Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah treler dikesan mengangkut dua buah trak pikap, Ford Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo Diesel di Seri Kembangan, Selangor awal pagi tadi.

Kedua-dua jentera itu yang berwarna merah dan biru itu  kelihatan agak garang dan cukup sasa.

Untuk makluman anda, pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan melancarkan secara rasminya Ford Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo pada minggu ini.

Ia akan menjadi varian pertengahan antara Ranger Wildtrak dan flagship Ranger Raptor 3.0 berkuasa turbo berkembar V6.

Menjengah bahagian luarannya, perbezaan estetik yang paling ketara ialah ketiadaan jalur lumba serta  paip ekzos berkembar.

image.png

Selain itu, memang terdapat sedikit perbezaan antara varian Bi-Turbo Diesel 2.0 liter yang lebih rendah ini dengan varian flagship Ranger Raptpr V6.

Walaupun kami tidak dapat merakam sebarang imej bahagian dalamannya namun kabinnya mungkin agak sama dengan varian flagship.

image.png

Menurut SDAC, keputusan untuk memperkenalkan varian Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo Diesel disebabkan permintaan yang begitu menggalakkan.

Secara mekanikal, Ranger Raptor 2.0 Bi-Turbo Diesel disumbat dengan unit 2.0 liter bi-turbo diesel iaitu sama dengan varian Wildtrak dan XLT Plus. 

Turut dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Angka kuasa ini lebih kurang dengan yang dihasilkan oleh Ranger Raptor generasi sebelumnya.

image.png

Ia dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 207 hp dan tork 500Nm.

Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan tetapan pacuan empat roda (4WD) yang menampilkan kunci  dan pelbagai mod yang boleh dipi;ih berdasarkan permukaan jalan dimana ia termasuk tow/hauling.

Varian sporty ini juga menawarkan ciri khas Raptor seperti mod pemanduan ‘Baja’.

Ia juga menerima suspensi Fox dengan kejutan pintasan dalaman Live Valve 2.5 inci dimana ia mampu mengurangkan geseran.

Menyentuh mengenai harganya ia masih belum didedahkan secara rasmi. Semuanya akan diumumkan ketika majlis pelancaran nanti!

Buat masa ini, harga Wildtrak dijual dari RM168,888 manakala berharga daripada RM259,888.


Gallery

Tag:

2023 Ford Ranger Raptor
Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Ford Ranger Raptor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Berita Auto
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Berita Auto
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

06-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026