Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(7).jpg

Sime Darby Auto Connexion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia memperluaskan  rangkaian pengedarannya di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu diambil demi menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti  kepada para pelanggannya yang semakin meningkat di MalaysiaTimur.

Pengarah Urusan, Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, Malaysia Timur terus menjadi pasaran pertumbuhan utama kerana menerima permintaan kukuh dan konsisten pada tahun lepas.

Photo-4--(1).jpg

“Untuk itu,  kami terus menambah baik perkhidmatan dan titik capaian pelanggan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat. 

“Perluasan rangkaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertaraf dunia selain meningkatkan  taraf perkhidmatan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan automotif berkualiti di Malaysia Timur,” katanya.

Dengan adanya dua kemudahan  baharu yang menawarkan khidmat servis di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di Kapit dan Mukah, terdapat 11 pengedar yang bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah dan Sarawak.

Buat masa ini, rangkaian pengedar di Sarawak merangkumi Kuching (SDAC), Sibu (Ngu Brothers), Miri (ALV Brothers), Bintulu (Ngu Brothers), Kota Samarahan (Jimisar Motors) dan dua pusat servis khusus di Kapit dan Mukah. 

Photo-3-(2).jpg

Di Sabah pula, terdapat dua pengedar di Kota Kinabalu (Boston Auto and Rightpower Corporation), serta di Sandakan (Boston Auto) dan Tawau (TB Automotive)

Rangkaian pengedar komprehensif dan pusat servis khusus di Malaysia Timur ini membolehkan para pelanggan Ford di dalam dan luar bandar mendapatkan perkhidmatan yang mudah dan boleh dipercayai.

Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk mengunjungi pusat pengedar baharu ini dan berpeluang melihat pelbagai tawaran terbaharu Ford, termasuk penjimatan sehingga RM8,000 atau Pelan Servis Ford Blue Oval selama 5 Tahun serta penjimatan sehingga RM2,000, 

Anda juga tidak terkecuali mendapatkan Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft yang berkualiti untuk prestasi kenderaan optimum.

Untuk keterangan lanjut, layari https://ford.simemotors.my/.

Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
SDAC Ford
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.

12-03-2024
Gaya Hidup
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways

SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.

26-02-2024
Berita Auto
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang

Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.

06-12-2023
Pandu Uji
Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam

Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.

18-11-2023
Berita Auto
Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026