Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hampir Maut Terperangkap Dalam Kereta Ditelan Air, Nasib Baik Ada…

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-aruz-banjir-1.png


Mendebarkan! Satu insiden menakutkan melanda seorang wanita yang nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta Perodua Aruz yang ditenggelami banjir. 


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam kira-kira 5.30 pagi di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru. 


Wanita tersebut bagaimanapun selamat kerana disedari orang awam yang pantas mengambil tindakan menyelamat. 


Mohamadul Ehsan Mohd. Zain, Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor, mengesahkan bahawa pasukan mereka segera digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.44 pagi.


Beliau menyatakan bahawa pasukan penyelamat serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang terlibat dalam operasi itu. 


“Pemeriksaan mendapati sebuah kereta terperangkap dalam limpahan air sehingga mencecah bumbung di jalan berkenaan sedalam kira-kira 1.3 meter. 


“Pemandu wanita itu bagaimanapun berjaya keluar dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir tersebut kini telah surut.


Sumber: Utusan

Tag:

kemalangan
banjir
Perodua Aruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026