Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Dah Mula Jual Ioniq 6

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas menonjolkan "diri" pada pameran  2023 Manila International Auto Show, Hyundai Ioniq 6 akhirnya sudah menembusi pasaran Filipina pada minggu lalu.

Untuk makluman anda, Filipina adalah negara ASEAN pertama yang menerima kereta fastback elektrik empat pintu dari Korea.

Beberapa laporan dalam talian berkata, Hyundai Motor Filipina menawarkan Ioniq  6 hanya dalam varian tunggal GLS pacuan dua roda 2WD Jarak Jauh.

image.png

Ia yang disumbat dengan motor tunggal dan pacuan roda belakang mampu menghamburkan kuasa setakat 226 hp dan tork 350 Nm .

Ioniq 6 yang dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 77.4 kWh  membenarkan jarak operasi sejauh 545 kilometer untuk sekali cas penuh,

Malah, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat.

Berbekalkan bateri berkuasa 800 voltan, ia  menyokong pengecasan dari 10-80 peratus hanya dalam 18 minit 

Turut tersedia ialah fungsi  kenderaan-untuk-muatan (V2L) kereta ini untuk membolehkannya membekalkan kuasa kepada peranti lain.

image.pngimage.png

Dari segi kelengkapannya, ia menerima lampu LED penuh, rim dua tona bersaiz 20 inci, cermin sisi auto lipat, ada fungsi pemanasan dan kawalan iklim dua zon.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan juga upholsteri kulit, paparan digital bersaiz 12.3 inci, sambungan wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Bose dan pad pengecasan wayarles.

image.png

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan sistem bantuan ADAS HyundaiSmartSense.

Ia merangkumi kawalan pelayaran pintar dengan bantuan stop and go, bantuan kekal lorong, amaran elak pelanggaran hadapan, sistem parkir depan dan belakang, bantuan lampu suluh tinggi, Bantuan Mengelak Pelanggaran Trafik Lintasan Belakang dan banyak lagi.

Menyentuh mengenai harganya, ia dijual pada harga RM319,132. . Pada harga tersebut, pembeli Ioniq 6 di Filipina turut menerima perlindungan dengan jaminan 5 tahun/200,000 KM ditambah pakej penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 75,000 KM. 

image.png

Para pembeli juga menerima perlindungan dengan waranti bateri EV 8 tahun atau 160,000 KM.

Nampaknya, Malaysia mungkin negara seterusnya yang akan menerima Ioniq 6 berdasarkan teaser yang ditayangkan oleh Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) pada awal tahun ini.

Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Ioniq 6 akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja.

Seperti biasa, kami akan menyiarkan lebih banyak info sejurus ia akan dilancarkan nanti.

Gallery

Tag:

Hyundai Filipina
Hyundai Ioniq 6
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hyundai Ioniq 6 Versi Facelift Ternyata Lebih Agresif, Praktikal

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Hyundai kini mendedahkan lebih banyak imej rasmi sedan elektrik, Ioniq 6 versi facelift.

08-04-2025
EV

Imej Acah Hyundai Ioniq 6 Facelift Didedahkan – Ada Versi Berprestasi Tinggi?

Hyundai telah mengeluarkan empat imej acah bagi model Ioniq 6 versi facelift yang memperlihatkan beberapa perubahan rekaan yang ketara.

04-04-2025
EV

Kelasakan Prototaip Hyundai Ioniq 6 N Diuji Di Litar Nurburgring

Prototaip Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di litar terkenal Nurburgring Nordschleife.

18-09-2024
Kereta Baru

04-11-2023
Berita Auto

Hyundai Santa Fe Facelift Bakal Tiba Di Malaysia Sebagai Model CKD

Hyundai Santa Fe generasi keempat versi facelift bakal membuat kemunculan tempatan tidak lama lagi.

04-10-2023
Kereta Baru

Harga Hyundai Creta Masih Kekal Misteri, Tapi Kalau Minat Sangat, Dah Boleh Tempah Dulu

, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan Hyundai Creta di semua pusat pameran di seluruh negara.

14-04-2023

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026