Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Risau, Innova Lama Masih Ada

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sudah menjadi lumrah sejurus tibanya model baharu maka, model sebelum ini terpaksa diberhentikan namun lain pula bagi model  Toyota Innova Zenix 2023 kerana model lama masih lagi dijual di pasaran tempatan memandangkan ia masih menerima permintaan.

Perkara itu disahkan pihak UMW Toyoto Motor ketika kami menggasak soalan kepada pihak pengurusan tertinggi  Toyota mengenai status Innova lama.

image.png

Ketika sesi pratonton Toyota Innova Zenix 2023 di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam semalam, CariCarz.com sebenarnya sudah mengetahui bahawa pihak UMWT akan meneruskan pengeluaran model kerangka ladder frame, Innova RWD yang menggunakan platform IMV semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.

Ini bermakna kedua-dua model lama berasaskan IMV dan pengganti berasaskan TNGA baharunya yang dilancarkan tadi akan dijual secara serentak.

Lagipun, Malaysia bukanlah satu-satunya pasaran yang menyaksikan kedua-dua model Innova lama dan baharu dijual serentak .

image.png

Untuk pengetahuan anda, strategi sama turut “dimainkan”di dua pasaran terbesar jualan Innova khusunya di Indonesia dan India.

Innova  dikenali sebagai Toyota Kijang Innova Zenix di Indonesia manakala Innova Crysta di India.

Model ini mempunyai daya tarikan yang luar biasa memandangkan kos platformnya yang agak rendah, mampu membawa muatan berlebihan  dan ia menggunakan formula jarak kelegaan tanah yang tinggi.

image.png

Pendek kata, dengan adanya ciri ini, Innova lama sesuai  digunakan untuk merentasi permukaan jalan tidak rata  di kedua-dua negara berkenaan.

Ini jelas terbukti bahawa Innova lama ini  mencerminkan ketahanan, fleksibiliti dan kekukuhan casis rangka tangga IMV yang sama digunakan dalam trak pikap Hilux 4x4 semasa dan kembarnya, Fortuner 4x4.

Bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia, CariCarz.com difahamkan bahawa jualan dan pengeluaran Innova akan diteruskan seperti biasa kerana terdapat permintaan daripada sektor komersial selain  pelanggan yang mahu mencari kereta pada harga mampu milik.

image.pngimage.png

Sebaliknya, UMWT yakin bahawa Innova Zenix baharu berasaskan TNGA akan menarik kepada profil pelanggan yang baharu. 

Secara khususnya, model baharu ini disasarkan kepada pembeli yang mahu mencari teknologi moden dan mewah, ala Harrier, yang dipersembahkan dalam pelbagai kenderaan bersaiz lebih besar, ala Alphard/Vellfire.

Innova versi import sepenuhnya (CBU) ini dijual pada harga RM165,000 (versi 2.0 V) manakala 2.0 HEV pula berharga RM202,000.

Sementara itu, Innova yang dibina berdasarkan IMV pula dijual pada harga RM133,880 (2.0 G) dan RM141,880 (2.0 X).

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
TOYOTA INNOVA ZENIX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026