Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelaburan Itu Bertujuan Untuk Pasang Solar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi mengurangkan pelepasan sebanyak 50 peratus karbon menjelang tahun 2025 dalam operasi syarikat, Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) telah melabur RM3.14 juta untuk hartanah di Shah Alam dan Kuantan.

Pelaburan itu bertujuan untuk kerja-kerja pemasangan solar di kedua-dua negeri berkenaan.

Untuk itu, Volvo Trucks melantik Micro Energy Holding Sdn Bhd (Micro Energy) sebagai pembekal panel solar, pemasang dan kontraktor penyelenggaraan.

image.png

Pemasangan di kedua-dua lokasi akan membantu pengimbangan karbon terkumpul berjumlah 11,925 tan karbon sepanjang 25 tahun (panel solar bertahan kira-kira 25 hingga 30 tahun) untuk pengeluaran kenderaan komersial.

Tenaga suria yang diperoleh meliputi 95 peratus daripada bekalan kuasa Volvo Trucks Shah Alam dan 98 peratus untuk fasiliti Kuantan.

Tenaga berlebihan daripada sistem akan kembali ke grid dan diimbangi kos tenaga Volvo Malaysia daripada pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

image.png

Selepas siap pemasangan November tahun ini, Volvo Trucks Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan 477 tan karbon atau 35 peratus berbanding pelepasan karbon pada 2019.

Ini bermakna, penggunaan teknologi tenaga suria juga bakal memberi laluan kepada persiapan Volvo Trucks memperkenalkan trak elektrik Volvo di Malaysia.

Dikhabarkan, pembuat trak Sweden itu juga bakal melabur dalam pembinaan pengecas kenderaan elektrik (EV) di fasiliti bermula dengan ibu pejabat di Shah Alam.


Gallery

Tag:

Volvo Malaysia
micro energy
Volvo Trucks Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo XC60 2026 Versi Facelift Diperkenalkan: Lebih Menawan, Canggih & Selesa

Volvo telah memperkenalkan versi terkini bagi XC60 generasi kedua dengan beberapa perubahan dari segi reka bentuk dan teknologi.

20-02-2025
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Tutup Tempahan XC40 Recharge Pure Electric

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model XC40 Recharge Pure Electric terpaksa ditutup.

01-06-2022
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Lancar Pembiayaan Kewangan

Volvo Car Malaysia kini menyediakan pembiayaan premium yang rendah untuk memudahkan pemilikan Volvo.

20-05-2022
Berita Auto

Volvo Serahkan SUV XC40 Electric Kepada 65 Pelanggan Pertama Di Malaysia

Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyerahkan kelompok pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau XC40 EV kepada pembeli Malaysia.

25-04-2022
EV

Temui Volvo XC40 Recharge Pure, Harganya Masih Misteri!

Volvo Car Malaysia memperkenalkan EV pertamanya.

15-03-2022
Berita Auto

20 Jurulatih Dari Maktab Teknik PDRM Sertai Program Volvo Trucks

Volvo Trucks mengiktiraf 20 graduan daripada Maktab Teknik PDRM Bakri yang menjalani Program Pembangunan Pemanduan Berprestasi Tinggi Volvo Trucks, baru-baru ini.

31-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026