Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton & Affin Bank Lancar Kad Kredit Khas Untuk Pemilik Proton, Tiada Yuran Tahunan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-AffinBank-CreditCard-3.jpg

Syarikat automotif nasional, Proton, telah menjalankan kerjasama strategik dengan institusi kewangan tempatan, Affin Bank, untuk melancarkan 'Kad Kredit Affin Avance Proton'. Kad kredit khas ini disasarkan kepada pemilik Proton, yang membolehkan pelanggan menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan.

Dilancarkan di Menara Affin, Kuala Lumpur semalam, kad kredit ini akan memberikan pelbagai manfaat kepada pemilik termasuk Pelan Ansuran Mudah 0% untuk tempoh sehingga 24 bulan, serta kadar faedah dan keuntungan 0% untuk pembelian di mana-mana cawangan Proton termasuk servis.

Management-team-members-from-PROTON-and-AFFIN-Bank.jpg

Selain itu, pelanggan juga berhak mendapatkan 3 kali mata ganjaran Affin Rewards apabila menggunakan kad ini untuk menjamu selera, membeli-belah dalam talian, dan membuat sebarang transaksi di cawangan Proton. 

Proton-AffinBank-CreditCard-1.jpgSelain daripada pelancaran kad ini, seorang pelanggan bertuah yang baru sahaja membeli Proton X90 menggunakan program sewa-beli Affin Bank telah diberikan mock key bagi SUV Proton X90 tersebut

Penggunaan kad ini untuk transaksi runcit lain juga akan memberikan pelanggan 1x mata ganjaran Affin Rewards. Bukan itu sahaja,  permohonan overdraf atau tunai juga boleh dilakukan dengan mudah menggunakan kad ini. Di samping itu, pelanggan tidak perlu membayar yuran tahunan untuk seumur hidup. 

Hadir ketika majlis pelancaran kad kredit baru ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razy Abdullahi, yang berkata, "Affin Bank berbangga menjadi rakan kongsi dengan Proton, syarikat automotif Malaysia, pada tahun ia meraikan ulang tahunnya yang ke-40. 

“Kami percaya kerjasama itu menunjukkan semangat inovasi yang wujud dalam kedua-dua Affin Bank dan Proton sambil membantu memberi ganjaran dan mengembangkan asas pelanggan untuk kedua-dua jenama,” katanya. 

Mengulas peristiwa penting ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata, “Kad Kredit/-i Afiliasi Affin Bank Proton dicipta khusus untuk pelanggan Proton. Dengan menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan, kami percaya kad ahli gabungan akan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan sambil memberi ganjaran kepada mereka apabila mereka servis kereta mereka atau membeli produk kami. 

“Mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian mereka dengan Affin Bank secara automatik akan ditawarkan kad baharu ini dan kami menggalakkan semua pemilik sedia untuk turut memohonnya untuk menikmati keistimewaannya,” katanya. 

Proton-AffinBank-CreditCard-4.jpg


Tag:

kad kredit
Affin Bank
Proton x Affin Bank Credit Card
kad kredit Proton
Kad Kredit Affin Avance Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
EV

Auto Bavaria & Affin Group Bekerjasama Bangunkan Infrastruktur Pengecasan EV

Pengedar kenderaan BMW di Malaysia, Auto Bavaria, mengumumkan kolaborasi strategik bersama Affin Group untuk membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

18-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026