Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SISMA Auto Buka Pusat 3S BYD Terbesar di Glenmarie, Shah Alam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Sisma-Auto_BYD_Glenmarie_Launch_-1.jpg

 Pusat 3S BYD yang terbesar bertempat di Glenmarie, Shah Alam


SISMA Auto hari ini telah melancarkan pembukaan Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam. Pembinaan yang membabitkan belanja sebanyak RM5 juta ini merupakan kemudahan BYD Kelas A pertama di Malaysia. 


Pusat 3S BYD ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik pameran yang boleh memuatkan sembilan unit kereta sekaligus, ruang rehat yang selesa untuk pelanggan, WiFi percuma, sudut makanan, sudut cenderahati dan fasiliti pengecas kenderaan elektrik (EV). 


dummy.pngdummy.png

dummy.pngdummy.png


Sebagai sebuah hab automotif utama di Lembah Klang, ia turut dilengkapkan dengan kemudahan servis dengan 16 ruang penyelenggaraan dengan kemampuan untuk menampung lebih 1,000 pelanggan sebulan. Menjanjikan perkhidmatan yang terbaik, pusat servis ini dilengkapi peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas, serta kawasan simpanan dengan suhu terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif. Juga disediakan adalah Bilik Kenderaan Tenaga Baharu untuk baik pulih semua komponen voltan tinggi.


dummy.png


Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu turut mengiktiraf kecemerlangan Pusat 3S BYD SISMA Auto semasa kunjungannya ke Malaysia pada 4 Mei 2023.


dummy.pngdummy.png


Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, dengan sejarah perkongsian perniagaan dengan jenama automotif selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada pemilik BYD di Malaysia.


dummy.pngdummy.png

Pelancaran pembukaan Pusat 3S BYD (kiri) dan ucapan daripada engarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim


"Kami amat berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan BYD dan pengedar mereka di Malaysia, Sime Darby Motors. Kami yakin bahawa masa depan industri automotif adalah kenderaan elektrik, dan sebagai pembuat Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle, NEV) nombor satu di dunia, BYD berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menjadi peneraju masa depan tenaga elektrik,” kata Syed Khalil. 


Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, dengan penuh keyakinan menyuarakan potensi pasaran Malaysia bagi BYD. Beliau mengatakan terdapat peningkatan permintaan yang ketara terhadap kenderaan elektrik di Malaysia dan berharap dapat memperkenalkan teknologi terkini serta memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. 


dummy.png


Pengarah Urusan Sime Darby Motors untuk Peruncitan & Pengedaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, "Kami amat berbangga dengan kerjasama kukuh antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto. Kerjasama ini membolehkan kedua belah pihak membawa pengalaman industri yang mendalam dan berkongsi visi untuk memacu masa depan mobiliti rendah karbon di Malaysia dengan produk EV tercanggih daripada BYD.


Pusat 3S ini merupakan tonggak penting dalam perjalanan kami bersama dan diharapkan dapat membina kepercayaan dan keyakinan terhadap jenama BYD di kalangan pemandu yang arif di Malaysia. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian automotif bertaraf dunia dan amat teruja dengan impak transformasi yang akan dihasilkan melalui kerjasama ini ke atas pasaran Malaysia.


WAKTU OPERASI PUSAT 3S BYD SISMA AUTO


dummy.png


Bilik Pameran Pusat 3S BYD SISMA Auto beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Sementara itu, Pusat Servis akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu.


KARNIVAL ELECTRIC DREAMS BYD SISMA AUTA


Sempena pembukaan Pusat 3S ini, BYD SISMA Auto akan mengadakan karnival istimewa bagi seisi keluarga bermula dari 2 hingga 11 Jun 2023. Karnival Electric Dreams BYD SISMA Auto akan diadakan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelanggan dan pengunjung yang mendaftar untuk pandu uji layak untuk mendapat hadiah selamat datang, makanan ringan, dan peluang cabutan bertuah.


INFO RINGKAS


Lokasi: Pusat 3S BYD, Glenmarie, Shah Alam


Waktu Operasi Bilik Pameran Pusat 3S BYD SISMA Auto: Isnin-Sabtu (9.00 pagi - 6.00 petang) | Ahad & Cuti Umum (10.00 pagi - 5.00 petang) 


Waktu Operasi Pusat Servis: Isnin - Jumaat (8.30 pagi - 5.30 petang) | Sabtu (8.30 pagi - 12.30 petang)


Kemudahan: 

Bilik pameran, ruang rehat, WiFi, sudut makanan, sudut cenderahati, fasiliti pengecas kenderaan elektrik (EV) dan 16 petak servis. 

dummy.png

Tag:

Sisma Auto
Pusat 3S BYD
Pusat 3S BYD Glenmarie
Pusat 3S BYD SISMA Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-01-2024
Berita Auto

21-11-2023
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

11-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026