- Berita
- Global
- Teaser Mitsubishi Triton Generasi Ke-6 Didedahkan, Pelancaran Global 26 Julai Ini
Teaser Mitsubishi Triton Generasi Ke-6 Didedahkan, Pelancaran Global 26 Julai Ini
-full.webp)
Bukan rahsia lagi bahawa Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah lama membangunkan trak pikap Mitsubishi Triton generasi seterusnya. Selepas beberapa khabar angin dan laporan mengenai trak baru ini, pengeluar kenderaan dari negara Jepun itu akhirnya memperkenalkan Triton baru melalui pendedahan beberapa imej teaser, menjelang pelancaran global model ini yang akan berlangsung pada bulan hadapan di Thailand.

Dari imej-imej bayangan yang diperlihatkan, dapat dilihat bahawa Triton baru ini telah direka berdasarkan trak konsep Mitsubishi XRT yang pernah dipertontonkan pada awal tahun ini. Dengan mencerahkan lagi imej teaser, pelbagai butiran pada Triton ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Antara ciri menarik di bahagian luarannya termasuklah reka bentuk lampu depan LED yang terbahagi, lampu nyalaan siang (DRL) yang halus, gril yang besar, reka bentuk yang gagah dan sebagainya.
Rekaan tailgate model baharu ini tidak mengalami perubahan radikal berbanding model sebelumnya. Ia masih menggunakan lampu belakang LED yang berbentuk segi empat biasa, tetapi kali ini dengan pencahayaan eksklusif baharu. Selain daripada ini, tidak banyak yang dapat dilihat melalui imej ini.

Mitsubishi turut berkongsi video teaser ringkas yang membantu melengkapkan lagi informasi visual Triton terbaharu ini. Melalui video ini, kita dapat melihat reka bentuk kabin Triton baru ini, dan juga model yang berpelakat samaran ‘beraksi’.
Di dalam ruang kabin, dapat dilihat dengan jelas butang kawalan mod pemanduan jenis rotari, paparan infotainmen bergaya tablet, serta kawalan fizikal untuk sistem penghawa dingin. Ini menunjukkan bahawa Mitsubishi masih belum mengambil langkah ‘luar biasa’ dengan menggabungkan semua kawalan penting ke dalam sistem infotainmen kereta, seperti yang dilakukan oleh banyak jenama lain.

Maklumat terperinci mengenai ciri teknikal dan spesikasi enjin model ini masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Bagaimanana, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa model ini memiliki ciri mekanikal yang sama seperti Nissan Navara generasi akan datang. Sebelum ini, kami pernah melaporkan rancangan elektrifikasi Mitsubishi yang turut termasuk untuk membangunkan sebuah trak pikap hibrid plug-in (PHEV) dalam masa yang terdekat sebelum menghasilkan versi elektrik tulen menjelang penghujung dekad ini.


Trak pikap Mitsubishi Triton generasi keenam dijadualkan untuk membuat kemunculan globalnya secara rasmi di Thailand pada 26 Julai tahun ini.-full.webp)
Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:
Baca: Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand
Baca: Mitsubishi Triton Generasi Baharu MUNGKIN Kelihatan Seperti Ini
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
