- Berita
- Berita Auto
- Dalam 6 Hari, 23K Saman Dikeluarkan
Percaya atau tidak Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 26,506 saman yang melibatkan pelbagai kesalahan dalam satu operasi yang diadakan baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zaid ketika pihaknya mengadakan Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur .
Sepanjang operasi, antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh orang Malaysia ialah menghalang lalu lintas.
Kesalahan melakukan halangan lalu lintas sahaja merekodkan 18,931 saman.
Berikut info kesalahan tertinggi yang kerap dilakukan:
• Halangan lalu lintas – 18,931 saman
• Meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki – 1,931 saman
• Tiada lesen memandu - 1,280 saman
• Langgar lampu isyarat merah – 478 saman
• Nombor plat 'fancy' – 299 saman
• Berhenti di petak kuning - 216 saman
• Kesalahan lain - 3,217 saman
Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya diadakan sejak 3 Julai hingga 9 Julai lalu.
Jumlah saman ini menunjukkan masih ramai pengguna jalan raya yang masih ingkar dengan undang-undang sedia ada.
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/