- Berita
- Kereta Baru
- Dolphin Nak Masuk M'sia, BUKAN IKAN Tapi EV!

Jika anda terlepas pandang,
untuk makluman anda, BYD Dolphin akan dilancarkan secara rasminya pada 27 Julai ini.
Menjelang pelancaran Dolphin pada 28 Julai ini, pengedar rasmi jenama BYD di Malaysia, Sime Darby Beyond Auto (SDBA) telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk pandu uji model EV ini.
Bagi yang berminat anda boleh mendaftar di laman web rasmi SDBA sekiranya mahu melakukan pandu uji.
Sesi pandu uji akan bermula bermula 28 hingga 30 Julai ini di Pusat Beli Belah 1 Utama di Petaling Jaya.

Pendaftaran ROI dibuat selepas halaman media sosial rasmi BYD Malaysia menayangkan sebahagian bahagian belakang kereta Dolphin, walaupun sebahagiannya ditutupi dengan bayangan.
Dolphin adalah model kedua BYD Malaysia selepas Atto 3 namun spesifikasi Dolphin yang dibawa ke Malaysia mungkin serupa seperti mana di Thailand.
Untuk pasaran Thailand, BYD Dolphin hadir dalam dua varian: Standard Range dan Extended Range.
Standard Range ang menampilkan sebuah motor elektrik di depan yang membekalkan 95 PS (94 hp atau 70 kW) dan 180 Nm tork: pecutan 0-100 km/j dalam masa 12.3 saat. Varian ini menggunakan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) yang dibangunkan oleh BYD sendiri, dengan kapasiti tenaga 44.92 kWh — memberikan jarak 410 km dengan standard NEDC.



BYD Dolphin Standard Range disumbat dengan satu motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa setakat 94hp dan 180Nm.
Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 12.3 saat selain boleh bergerak sejauh 410 kilometer dengan hanya sekali cas.
Sementara itu, BYD Dolphin Extended Range pula dilengkapi dengan pek bateri 0.48 kWh.

Varian ini pula menghasilkan kuasa 201 hp dan tork 310 Nm selain mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam tujuh saat.
Ia boleh bergerak sejauh 490 km dengan hanya sekali cas.
Mengenai Dolphin Malaysia, kami masih belum mendapat butiran lanjut mengenai spesifikasinya namun kita tunggu butiran selanjutnya pada 28 Julai ini.
Apapun, ia dikatakan akan menjadi EV paling mampu milik di pasaran tempatan kerana ada desas-desus menyatakan bahawa ia BYD Dolphin mungkin dijual di bawah RM100,000.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

