Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gara-Gara Terlupa, Melayang RM30K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara terlupa meletakkan sebuah beg kain berisi wang tunai berjumlah RM60,000  di atas but kereta jenis Honda Civic, seorang lelaki berputih mata apabila hampir RM30,000 bertaburan di atas jalan raya.

Susulan kepingan wang berteraburan di atas jalan raya, ada beberapa individu didakwa telah mengutip dan mengambil wang itu.

Buat masa ini, lelaki berkenaan mendakwa dia telah kehilangan wang sebanyak RM30,000.

Untuk itu, ahli keluarganya kini akan menawarkan sedikit bayaran saguhati kepada sesiapa yang dapat memulangkan kembali wang berkenaan.

Kejadian itu berlaku di Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok, Jertih semalam.

image.png

Menurut ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, wang  yang dikumpul oleh anaknya itu sebenarnya mahu membeli kereta sendiri selain menjelaskan hutang dan upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya.

Difahamkan, anaknya meletakkan beg berisi wang tersebut di atas but kereta kerana terlebih dahulu mahu membersihkan bahagian dalam kereta.

image.png

Gara-gara dia terlupa wang berada di situ dan terus memandu ke arah bandar. 

Malangnya selepas menyedari wang itu terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian dia kemudian berpatah balik ke tempat kejadian.

Ada beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya dan menyerahkan balik wang berjumlah sekitar RM30,000.

Namun ada juga yang dipercayai mengambil wang itu.

Bagaimanapun, satu laporan telah pun dibuat semalam.

Bagi yang terambil wang berkenaan, harap memulangkan semula kepada si pemiliknya.

Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Honda Civic
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-06-2025
Kereta Baru

15-05-2025
Kereta Baru

15-04-2025
Berita Auto

07-04-2025
EV

01-03-2025
Berita Auto

01-03-2025
Berita Auto

07-02-2025
Berita Auto

09-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi

Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.

20-06-2025
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan

Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.

20-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Berita Auto

Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.

20-06-2025
Berita Auto

Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir

Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.

20-06-2025
Berita Auto

Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.

20-06-2025
Berita Auto

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.

19-06-2025