Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Pemandu Wanita, Taktik Lelaki Negro Panjat Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang wanita hanya mampu membunyikan hon dan menjerit apabila seorang lelaki Negro secara tiba-tiba memanjat bonet keretanya di Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Satu klip video yang dimuat naik ke internet memaparkan lelaki berkenaan memanjat dan duduk di atas bonet kereta sambil mengintai bahagian dalam kereta berkenaan.

Walaupun, wanita itu membunyikan beberapa kali hon seolah-olah berada dalam keadaan tiada sesiapa yang tampil membantu.

Bagaimanapun, nasib wanita itu baik apabila seorang lelaki India yang menunggang basikal, secara kebetulan melalui kawasan itu datang dan menarik lelaki Negro itu supaya turun dari kereta.

image.png

Lelaki berkenaan kemudian memintanya beredar dengan cepat sementara dia membawa lelaki Negro ke tepi jalan.

image.png

Wanita itu, Tazliana, 29, berkata, sebelum itu dia menyedari lelaki tersebut  duduk di tepi jalan sebelum bertindak berlari ke arah keretanya.

“Dia cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya. 

“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, Tazliana sempat merakam kejadian itu walapun panik.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat di Kota Damansara semalam.

Gallery

Tag:

bulatan kampung pandan
panjat kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026