Link Copiedcheck_circle
Global

Isuzu D-Max Lengkap Dengan Alat Khemah, Tapi Tak Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Isuzu United Kingdom telah melancarkan trak pikap edisi khas terbaharu yang dikenali sebagai Isuzu D-Max V-Cross Expedition Edition.

Ia tidak sama seperti Isuzu D-Max yang lain memandangkan model khas  ini dilengkapi dengan peralatan perkhemahan  yang disediakan oleh pembuat aksesori 4x4 terkenal ARB.

Jentera  berwarna Valencia Orange yang ditayangkan secara perdana di The Game Fair di Warwickshire, United Kingdom hadir dengan peralatan khemah. 

Difahamkan, kelengkapan itu terdiri daripada kanopi sama warna badan, khemah bumbung, sengkuap (awning), peti sejuk, laci dan dapur.

image.pngimage.png

D-Max Expedition Edition ini disumbat dengan enjin 1.9 turbdiesel dimana ia mampu menghamburkan kuasa 162 hp dan tork 361 Nm.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 12.7 saat.

Untuk pasaran UK, D-Max didatangkan dengan pilihan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik yang memudahkan penghantaran kuasa kepada keempat-empat roda (AWD).

image.png

Lebih menarik, model terbaru D-Max hadir dengan kebolehan untuk menunda berat maksimum sebanyak 3.5 tan serta mampu membawa beban sehingga 1 tan (1,164 kilogram).

Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan paparan infotainment bersaiz  9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay selain tempat duduknya dibaluti dengan  upholsteri kulit dan ia boleh dilaraskan secara automatik dan terdapat fungsi pemanasan.

Buat masa ini, Isuzu D-Max V-Cross Expedition Edition sudah boleh ditempat di mana-mana pengedar Isuzu yang sah di UK.

Bagaimanapun, Isuzu UK tidak mendedahkan harga sebenarnya namun kami meramalkan ia lebih mahal daripada D-Max V-Cross yang dijual pada harga £34,279 (RM201,790).

image.png

Apa pula pandangan anda, adakah Isuzu Malaysia juga patut menawarkan model ini yang dilengkapi dengan peralatan khemah di Malaysia?

Kongsikan pendapat anda!


Gallery

Tag:

2023 Isuzu D-Max
Isuzu UK
D-MAX V-Cross
Isuzu D-Max
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jualan Isuzu Melonjak SEBAB..

Jualan Isuzu Melonjak SEBAB..

Rekod jualan Isuzu melonjak tahun lepas.

15-01-2024
Pandu Uji
Isuzu 1.9L, Walaupun Standard,  Dah Cukup

Isuzu 1.9L, Walaupun Standard, Dah Cukup

Rebiu Isuzu D-Max 1.9L 4x4 Standard.

01-12-2023
Berita Auto
Pacific Motor Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Temerloh

Pacific Motor Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Temerloh

Ada berita baik buat orang Pahang kerana Pacific Motor Sdn Bhd baru sahaja membuka cawangan Pusat 3S Isuzu di Temerloh, Pahang.

29-09-2023
Berita Auto
Double Cab Isuzu D-Max Sarat Dengan Ciri Keselamatan

Double Cab Isuzu D-Max Sarat Dengan Ciri Keselamatan

Pemilik Isuzu D-Max terima lebih banyak ciri keselamatan.

03-07-2023
Berita Auto
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.

29-07-2025
EV
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026