Link Copiedcheck_circle
EV

PANAS! Ini Dia Myvi Versi Elektrik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ketika Malaysia Autoshow 2023  diadakan pada awal tahun ini, pengeluar kereta tempatan, Perodua ada menayangkan model kereta konsep elektriknya yang dikenali sebagai Electrik Motion Online (EMO).

Biarpun ia cuma kereta konsep pada skala 1:6, namun EMO berjaya menawan hati orang ramai kerana ia mirip model ikonik Perodua, Myvi.

image.png

Kehadiran EMO membuatkan artis render terkenal Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle menghasilkan lakaran Myvi EV yang mungkin adalah generasi seterusnya?

Dinamakan sebagai Perodua MyEV (Myvi EV) , Throttle mengambil beberapa  reka bentuk daripada konsep EMO dan mengubahsuai kepada Myvi facelift.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian hadapan, anda boleh melihat dengan jelas MyEV kelihatan hampir sama dengan EMO, terutamanya reka bentuk lampu hadapannya yang agak tajam. 

Selain itu, rekaan bampar hadapan MyEV yang menonjol dengan gril hadapan konvensional, dan bukannya berbentuk berlian seperti EMO. 

image.png

Meletakkan MyEV dan Myvi gen kelihatan serupa, maka ia mendedahkan beberapa persamaan antara kedua-dua kereta itu terutamanya gaya badan separuh bulatnya.

Di bahagian belakang, rekaan lampu belakang MyEV kelihatan sama dengan EMO dimana ia menampilkan unit utama berbentuk segi tiga yang disambungkan antara satu sama lain melalui bar lampu LED.

image.pngimage.png

Bukan itu sahaja, ada beberapa petanda menunjukkan rekaan Myvi juga sama termasuk rekaan bampar belakang serta aksen di bahagian bawah. 

Dari sini, anda juga boleh melihat rekaan MyEV diambil terus dari Myvi.

Bagi EMO sebenar, Perodua telah menyatakan bahawa model EV konsep ini akan memiliki saiz yang lebih kurang sama dengan Myvi gen semasa.

image.png

Untuk makluman, Myvi gen semasa adalah sepanjang 3,895 mm, 1,735 mm lebar, dan dengan jarak roda 2,500 mm.

Dari segi trenkuasa, Perodua berkata konsep EMO akan mempunyai saiz yang agak serupa dengan Myvi. 

Ia akan disumbat dengan pek bateri 50-kWj dan  EMO mampu bergera sejauh  300 kilomter (km) hingga 350 km.

Bagi pengeluarannya, Perodua berkata model konsep bersaiz penuh EMO akan dibina pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Jadi, hanya pada masa itu, kita akan mengetahui bagaimana rupa sebenar  Myvi EV.

Apa pula pandangan anda mengenai lakaran Myvi EV ini?

Kongsikan pendapat anda!

Gallery

Tag:

MYVI EV
Perodua Myvi
PERODUA EMO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024
Global

10-05-2024

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026