- Berita
- Global
- Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual
Tiada Yang Tinggal, Semua Model ICE Lamborghini Habis Terjual
Dalam era di mana banyak syarikat pengeluar kenderaan sudah bersedia untuk beralih kepada penghasilan kenderaan elektrik (EV), tidak bermakna orang ramai juga merasakan perkara yang sama. Baru-baru ini dilaporkan kesemua model kereta sport mewah berprestasi tinggi yang menggunakan enjin pembakaran (ICE) syarikat Automobili Lamborghini telah habis dijual!
Syarikat tersebut sebelum ini telah mendedahkan rancangannya untuk menghasilkan model separa-elektrik bermula tahun 2024.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann
Berita ini nampaknya membuatkan ramai peminat Lamborghini tidak berfikir lama untuk memiliki model ICE yang tinggal sebelum semuanya ‘pergi untuk selamanya.’
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann mengesahkan bahawa mereka telah menjual semua model ICE yang ada, lapor media berita Jerman, WELT.
Lamborghini Urus SUV (kiri) & Lamborghini Huracan Sterrato (kanan)
Sebelum ini dilaporkan bahawa Super-SUV Urus telah habis dijual dan pengeluar automotif itu merancang untuk menghasilkan varian hibrid plug-in baharu pada tahun depan. Selain daripada SUV itu, model-model ICE lain yang habis dijual oleh pengeluar automotif itu adalah seluruh barisan kereta Huracan, termasuk Huracan Technica dan Sterrato yang baharu.
Ini juga menandakan pengakhiran bagi enjin V10 5.2L aspirasi natural yang merupakan ciri eksklusif Lamborghini, melainkan syarikat automotif itu merancang untuk menggunakan enjin yang sama sebagai asas bagi produk elektrifikasi masa depan mereka.
Stephan Winkelmann bersama Lamborghini Revuelto PHEV baharu
Selain daripada model-model ICE, laporan lain dari Bloomberg mengatakan bahawa Lamborghini Revuelto PHEV baharu - model elektrik pertama jenama itu - juga telah habis dijual sehingga akhir tahun 2025. Seperti yang disahkan oleh Winkelmann kepada sumber berita tersebut, pengganti versi elektrik kepada Avendator itu telah habis dijual untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 18 bulan.
Lamborghini Revuelto 2023
Perkara ini sebenarnya seperti yang dijangkakan, kerana Lamborghini sebelum ini meramalkan bahawa Revuelto baharu ini akan mendapat sambutan yang tinggi, berpotensi melebihi model terdahulu dengan enjin V12 yang terjual lebih daripada 11,465 unit sepanjang tempoh pengeluaran selama 11 tahun. Revuelto agak terkenal dalam kalangan pembeli di Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah.
Turut membantu menaikkan populariti Revuelto adalah prestasinya yang luar biasa. Supersport Revuelto dikuasakan oleh enjin V12 6.5L aspirasi natural seperti model sebelumnya, yang kini disatukan dengan tiga motor elektrik - dua pada gandar hadapan, satu di bahagian belakang. Secara keseluruhan, ia menghasilkan output sistem gabungan sebanyak 1,001 hp, menjadikannya model pengeluaran Lamborghini paling berkuasa yang pernah dihasilkan.
Penerimaan yang positif terhadap Revuelto PHEV memberikan keyakinan kepada Lamborghini terhadap rancangan elektrifikasi mereka pada tahun 2024. Selain daripada Revuelto, Lamborghini akan melancarkan Urus versi PHEV, diikuti oleh pengganti Huracan yang juga akan dilengkapi dengan kuasa hibrid plug-in.
Lamborghini Huracan Technica edisi ulang tahun ke-60
Jika anda terlepas peluang untuk membeli model-model Lamborghini ICE yang tinggal, mungkin anda masih boleh mencari beberapa model recond atau terpakai yang dijual di CariCarz, di sini terdapat lebih daripada 200 Lamborghini disenaraikan.
Beberapa kereta recond dan terpakai Lamborghini di CariCarz.com!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv