Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Akademi Khas Untuk Asah Kemahiran Pekerja

Suhana Veru

Kongsi melalui

Main-Photo.PNG

Sime Darby Motors, Retail & Distribution baru sahaja membuka akademi latihan komprehensif untuk mengasah kemahiran tenaga pekerjanya dengan pengetahuan terkini dalam industri automotif.

Retail & Distribution Academy  yang berkelas dunia itu dikatakan mampu  menampung sehingga 163 pelatih dalam satu masa.

Untuk itu, terdapat dua jenis latihan yang disediakan iaitu Latihan teknikal dan bukan-teknikal untuk menepati keperluan Pensijilan Prinsipal.

Supporting-Photo_2.PNG

Ia dikendalikan  oleh 11 jurulatih dalaman yang telah menjalani pensijilan yang sama oleh jenama utama dunia yang diwakili oleh Sime Darby Motors.

Bagi latihan kedua, ia membabitkan  program latihan Sime Darby Motors, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan bakat untuk mempertingkatkan kemahiran berorganisasi dan pengetahuan.

Program ini melibatkan pembangunan peribadi dan profesional, pemerkasaan kemahiran, khidmat pelanggan, teknik mendapatkan jualan dan banyak lagi. 

Dikhabarkan, latihan akan dijalankan oleh jurulatih profesional dalaman, serta rangkaian penyedia latihan luaran bertauliah.

Supporting-Photo_1.PNG

Pengarah Urusan, Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada semua pelanggan.

“Retail &Distribution Academy ini akan menjadi platform penting untuk  meningkatkan kemahiran, sekali gus membolehkan kami untuk menstrukturkan program latihan untuk menggalakkan pembelajaran berterusan,” katanya dalam stau kenyataan.

Malah, demi memastikan tenaga kerja berdaya maju dan berkemahiran tinggi untuk jualan EV serta khidmat lepas jualannya, akademi itu  turut dilengkapi dengan kenderaan latihan, perkakas latihan, makmal komputer dan lain-lain kelengkapan yang berkaitan EV untuk membolehkan pekerja membangunkan kemahiran mereka seiringan.

Akademi itu juga membolehkan Sime Darby Motors mengumpul sumber kemahiran, pengetahuan dan amalan terbaik untuk dikongsi dengan seluruh organisasi supaya latihan pekerja lebih cekap dan berkesan.



Tag:

sime darby motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800

BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.

15-10-2024
Berita Auto
BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia

BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia

Sime Darby Motors meraikan pencapaian yang luar biasa apabila sebanyak 10,000 unit BYD sudah terjual di Malaysia.

07-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026