- Berita
- EV
- BYD Laju Keluarkan Kereta

BYD telah mengeluarkan kenderaan Tenaga Baharu (NEV) yang ke-5 juta pada 9 Ogos lepas sekali gus menjadi pengeluar automotif pertama di dunia yang mencapai tahap pengeluaran ke tahap itu.
Menurut Pengerusi dan Presiden BYD, Wang Chuanfu, pihaknya cukup bangga dengan pencapaian itu.
“Hari ini menandakan detik bersejarah bagi BYD kerana kami menyaksikan pengeluaran kenderaan tenaga baharu kami yang ke-5 juta.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami di seluruh dunia atas kepercayaan mereka terhadap produk, serta setiap pekerja kami yang kerja keras untuk membuatkan pengeluaran ini berjaya,” katanya.

Model baharu BYD kini boleh didapati di 54 negara terutama di Malaysia, Australia, Uzbekistan, China dan beberapa negara.
Sebelum ini, syarikat mengambil masa tempoh 13 tahun untuk menghasilkan satu juta namun selepas beberapa tahun, ia mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan 3 juta unit BYD.
Namun kini, BYD cuma mengambil masa selama sembilan bulan untuk mencapai pengeluaran yang kelima juta..
Pencapaian itu digapai gara-gara pengeluaran DENZA N7. Ia yang menggunakan pengecaman wajah mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam tiga saat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

