Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Golf R CKD Cukup Marhaen!

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2023-08-08-at-17.32.05.jpeg

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Golf R pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada bermula dari RM330,000 hingga RM350,000.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, R-Rated” Golf R dilancarkan bersama “R Performance Package” sebagai standard yang merangkumi ekzos titanium Akrapovič, mode “Drift” dan “Special”, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah ekzos yang kini tujuh kilogram lebih ringan direka oleh pengeluar ekzos terkemuka Akrapovič. 

Terkenal dengan sistem ekzos premium dan berprestasi tinggi, jenama itu cukup sinonim dengan model-model terbaik Volkswagen termasuklah Golf R dan GTI.   

image.pngimage.png

Satu lagi kemas kini menarik pada Golf R ialah mode “Drift” dan “Special” yang boleh diakses menggunakan butang “R” yang diletakkan pada stereng sporty dengan rekaan rata pada bahagian bawahnya. 

Apabila diaktifkan, mode Drift menyahaktifkan sistem Electronic Stability Control (ESC) dan menyalurkan kuasa tork secara seimbang kepada roda belakang, sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan. 

WhatsApp-Image-2023-08-08-at-17.32.15.jpeg

Ketika mode “Drift” sangat sesuai untuk membuat aksi sliding, mode “Special” pula ialah mode terbaik untuk merasai pengalaman memandu di atas jalan kampung yang tidak rata kerana suspensi akan ditala bagi memberi kontak optimum dengan permukaan jalan. 

Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode tersebut memberikan jentera ini satu talaan yang mampu memenuhi keperluan khusus bagi dipandu di atas antara litar paling mencabar di dunia itu.   

Ciri-ciri tambahan baharu lain ialah Heads-Up Display (HUD yang dipancarkan ke cermin utama, pengecasan telefon pintar tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik).

image.png

Di bawah hud, Golf R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang mampu menjana 320PS dan tork 400Nm. Penukaran gear sangat pantas, terima kasih kepada transmisi DSG 7 kelajuan.

Sementara aspek keseimbangan dan cengkaman dikekalkan oleh sistem pacuan semua roda 4MOTION bersama ciri pemvektoran prestasi tork. Pecutan dari 0 hingga 100km/j hanya mengambil masa 4.8 saat.

Aspek keselamatan Golf R baharu disokong oleh teknologi IQ.DRIVE yang terdiri daripada rangkaian ciri seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Emergency Assist.

image.png

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev berkata, pihaknya yakin Golf R CKD akan menarik minat penggemar Volkswagen di Malaysia. 

“Kami sangat berbangga untuk memperkenalkan Golf R baharu kepada semua peminat tegar kami. Dengan pelbagai penambahbaikan baharu, kami melihat hatchback berprestasi tinggi ini sebagai jentera pemanduan terunggul di atas jalan raya dan litar lumba, dengan harga yang sangat menarik.

“Menjadi negara pertama selain Jerman yang memasang model ini sememangnya menjadi satu penghormatan besar buat kami. Dengan pengenalan model baharu ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa semua rangkaian produk kami dipasang di kilang Volkswagen di Pekan,” katanya 

Lencana R bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Volkswagen. Model-model R mewakili jentera Volkswagen yang paling berkuasa dan terbaik. Golf R ialah model jenama ini yang paling sporty dan menjentik emosi, selain memberi inspirasi kepada para peminat hatchback bergenerasi lamanya. 

image.png

Asal-usul Golf R boleh dilihat bermula dari model R32 yang dilancarkan lebih dua dekad lalu. Ia dipasang dengan enjin 3.2 liter aspirasi biasa yang merupakan versi enjin VR6 Volkswagen yang unik. R32 juga menjadi Volkswagen pertama dilengkapi kotak gear klac berkembar. 

Selepas lima generasi, Golf R kekal menjadi sebuah model Golf “halo”. Tarikannya terletak pada kenyataan bahawa ia merupakan salah satu model serba lengkap yang ada di pasaran. Sebab itulah lebih 250,000 unit Golf R telah dihasilkan dan dijual di seluruh dunia. 

Golf R baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna – warna biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).

Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my. 

Gallery

Tag:

Volkswagen Passenger Cars Malaysia
Golf R CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-07-2023
Kereta Baru

27-03-2023
Berita Auto

23-12-2022
Pandu Uji

06-12-2022
Berita Auto

11-08-2022
Kereta Baru

02-08-2022
Kereta Baru

02-08-2022
Berita Auto
Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw

Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw

VPCM menawarkan promosi hebat sempena pembukaan semula sektor ekonomi.

17-09-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026