Link Copiedcheck_circle
EV

Kolaborasi Tian Siang Premium Auto & Vasolar: Beli EV BMW, Dapat Panel Solar Untuk Cas EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tian-Siang-Premium-Auto-x-Vasolar.png

Tian Siang Premium Auto dan Vasolar menjalinkan kerjasama untuk menawarkan kemudahan pengecas EV menggunakan tenaga solar


Pengedar kenderaan BMW Malaysia, Tian Siang Premium Auto telah menjalinkan kerjasama dengan Vasolar, syarikat teknologi panel solar terkemuka di Malaysia, dalam usaha memajukan mobiliti lestari. Kolaborasi ini penting untuk membolehkan pengguna kenderaan elektrik (EV) menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, tenaga solar, untuk mengecas kenderaan. 


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser menyatakan, “Kami berbesar hati untuk menyokong Tian Siang Premium Auto, iaitu wakil pengedar terbesar kami di Perak dan Pulau Pinang, dalam usaha progresif mereka untuk menggiatkan penerimagunaan solusi-solusi tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan pelanggan mereka di rantau berkenaan. Langkah yang penting ini adalah sejajar dengan visi dan strategi kami bagi gagasan elektrifikasi di Malaysia. Saya berharap usaha sama ini akan menjadi penanda aras bagi landskap EV yang kian berkembang di negara ini serta memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain industri untuk menyertai usaha memajukan solusi tenaga boleh baharu sambil mempromosikan penggunaan EV di Malaysia.”



Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser


Tian Siang Premium Auto bersama Vasolar menawarkan panel solar bumbung 4.4 kWp secara percuma bersama pembelian model-model EV dan PHEV BMW terpilih. Tawaran ini termasuk pemasangan oleh Vasolar dan jaminan prestasi selama 25 tahun, modul PV selama 12 tahun, inverter selama 10 tahun, dan pembuatan selama 3 tahun.


Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto, Tan Ka Kin berkata, "Kami sentiasa percaya mobiliti lestari dan alaf mobiliti masa depan adalah tanggungjawab bersama dalam industri ini. Sambil kami terus merealisasikan misi EV kami berdasarkan aspirasi BMW Group, kolaborasi ini bertujuan mengurangkan bergantung pada grid tenaga konvensional dan beralih kepada tenaga baharu untuk mengurangkan jejak karbon pengguna EV di Malaysia."


Vasolar, anak syarikat Boilermech Holdings Berhad, terkenal dalam penyediaan tenaga solar untuk rumah kediaman, bangunan komersial, dan kilang industri. Pengarah TERA VA Sdn Bhd (VASOLAR), Gan Chih Soon berkata, "Kami teruja untuk menjalankan kerjasama dengan Tian Siang Premium Auto dalam memberikan tawaran istimewa ini. Tawaran ini memberikan pemilik EV BMW akses pengecasan percuma melalui tenaga solar. Inisiatif ini juga mempromosikan prinsip kemandirian tenaga kepada rakyat Malaysia dan membolehkan pengguna bergantung kepada sumber tenaga bersih dalam kehidupan harian."


BMW-ChargeSini.png

Pengecas EV, ChargeSini


BMW Group Malaysia juga telah menyediakan lebih daripada 1,000 stesen cas dalam rangkaiannya. Lebih 400 daripadanya disediakan menerusi kerjasama dengan ChargEV dan Yinson Greentech, sementara JomCharge menyediakan lebih 100 stesen, Gentari lebih 150, dan sekitar 160 stesen melalui kolaborasi dengan Shell Recharge bersama ParkEasy, ChargeN'Go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking. Lebih 100 stesen cas BMW i dan MINI juga disediakan di pusat pengedaran dan lokasi rakan kongsi di seluruh negara. 


Tawaran istimewa dari Tian Siang Premium Auto berlangsung sehingga 30 September 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi bilik pameran Tian Siang Premium Auto Butterworth atau Ipoh.

Tag:

Pengecas EV Malaysia
Tenaga Solar
BMW Malaysia
Vasolar
Tian Siang Premium Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024
Berita Auto

20-11-2024

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025