Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X90 Terbakar, Proton Siasat Punca Kebakaran

Suhana Veru

Kongsi melalui

Screenshot-2023-08-23-172715.png

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Proton X90 terbakar namun lokasinya tidak didedahkan.

Rakaman video itu menunjukkan terdapat kepulan asap keluar dari kabin kereta itu menyebabkan seorang lelaki menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan kepulan asap itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang letupan berlaku daripada sistem bateri hibrid ringan 

Maka, kebakaran itu bukanlah berpunca dari sistem hibrid. Apapun, mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Untuk makluman anda, Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu  di sumbat dengan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Ia dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setinggi 187hp dan tork 300Nm.

image.png

Buat masa ini, klip video yang tular itu membuatkan syarikat PROTON tampil membuat penjelasan.

Proton berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan ia sudah berada di bawah simpanan mereka.

Pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kejadian.

image.png

“Bagaimanapun, Proton menegaskan tiada sebarang insiden letupan dari bateri sistem hibrid ringan 48v yang dibekalkan pada X90 berkenaan.

“Kami memahami kebimbangan  orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sehubungan itu, Proton mengakui bahawa pihaknya akan menekankan soal kualiti dan keselamatan kerana ia sudah menjadi satu keutamaan buat mereka.

“Kami ingin memberi keyakinan kepada pengguna semua model Proton bahawa kenderaan mereka dihasilkan untuk memenuhi piawaian tertinggi. Setiap unit akan menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan kami yang dihargai,” katanya.

Gallery

Tag:

PROTON X90 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026