Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Ujian Proton Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ProtonTestingCentre-ISOAccreditation-4.jpg


Pengeluar kereta nasional, Proton, telah membuat pencapaian yang bersejarah apabila makmal ujian dalaman jenama ini menerima pengiktirafan antarabangsa. Terletak di HICOM, Shah Alam, makmal ujian dan penentukuran ini kini telah dianugerahkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 bagi kecekapan ujian dan penentukuran.


ProtonTestingCentre-ISOAccreditation-3.jpg

Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail (tengah), menerima sijil yang diberikan oleh, Ketua Pengarah Jabatan Standard  Malaysia, Shahrul Sadri Alwi (kiri)


Pengiktirafan ini dianugerahkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) – badan akreditasi utama negara, yang juga merupakan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Sijil akreditasi ini disampaikan kepada Proton oleh Pengarahl DSM, Shahrul Sadri Alwi, dan diterima oleh Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon.


ProtonTestingCentre-ISOAccreditation-5.jpg


MS ISO/IEC 17025:2017 merupakan piawai yang mengukur kecekapan makmal ujian dan penentukuran. Piawaian ini digunakan oleh makmal ujian dan penentukuran  untuk membangunkan sistem pengurusan kualiti dan menilai kecekapan mereka sendiri, memastikan setiap data dan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat dan berkualiti. 


ProtonTestingCentre-ISOAccreditation-1.jpg

Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon


Mengulas tentang peristiwa bersejarah ini, Hazrin Fazail Haroon berkata, “Akreditasi yang diterima oleh Pusat Ujian Proton adalah pengiktirafan atas kerja yang dijalankan pasukan  kejuruteraan dan ujian di PROTON untuk meningkatkan tahap keupayaan teknikal kami supaya sejajar dengan  rakan kongsi kami, Geely. Ia juga membolehkan kami mengurangkan kos pembangunan produk kami kerana tidak  perlu lagi menghantar komponen untuk diuji ke luar negara serta membantu menguruskan garis masa  penbangunan model dengan lebih baik. 


“Ia adalah matlamat kami untuk menerima MS ISO/IEC 17025:2017 sejak Pusat Ujian Proton ditubuhkan. Dengan  akreditasi, pusat ujian kini memenuhi kedua-dua keperluan kecekapan teknikal dan keperluan sistem pengurusan  yang diperlukan untuknya menyampaikan keputusan ujian secara konsisten dan penentukuran yang sah secara  teknikal. Akhirnya, ini akan menghasilkan kenderaan Proton yang lebih berkualiti, yang akan memberi manfaat  kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambah Hazrin.

Tag:

Makmal Ujian Proton
HICOM
MS ISO/IEC 17025:2017
Akredasi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026