Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Bridgestone Potenza Sport: Kekal Stabil Di Selekoh Pada Kelajuan Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(20).jpg


Awal minggu lalu, Bridgestone Malaysia telah menganjurkan aktiviti The Potenza Sport Driving Experience untuk membuktikan keupayaan dinamik tayar premium yang berprestasi tinggi, Bridgestone Potenza Sport. 


Tayar dengan kestabilan di selekoh yang luar biasa ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan sepenuhnya, sama ada dalam keadaan basah atau kering.


Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(6).jpgBridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(7).jpg


Menurut Bridgestone, Potenza Sport telah dihasilkan untuk memberikan yang terbaik dengan cengkaman kuat bukan sahaja semasa melalui jalan yang lurus tetapi juga di selekoh. 


Kami di CariCarz.com telah menguji Potenza Sport dalam pelbagai aspek seperti brek di laluan basah dan kering, rintangan slalom kon dan laluan selekoh pada kelajuan tinggi dengan menggunakan BMW 5 Series dan Mercedes-Benz C-Class. Malangnya, ketika pandu uji tersebut, hujan yang turun menyebabkan ujian brek dalam keadaan jalan kering tidak dapat dijalankan.


Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(2).jpgBridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(3).jpg


Namun secara keseluruhannya, tayar Potenza Sport yang berada dalam kelas sama dengan Michelin Pilot Sport 4 S, berjaya dalam semua ujian yang telah diadakan. Kualiti cengkamannya terbukti walaupun brek ditekan semasa jalan dalam keadaan basah. Begitu juga semasa ujian pemanduan berkelajuan tinggi, Potenza Sport mencengkam laluan dengan baik semasa di selekoh dan perubahan arah memandu. 


Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(19).jpgBridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(17).jpg


Semasa melalui rintangan slalom, di sinilah tayar menunjukkan ‘kecanggihan’ yang sebenar, dengan sidewall yang lebih kukuh dan daya cengkaman yang tinggi, kenderaan dapat melakukan pusingan  agresif dan pembrekan drastik tanpa sebarang masalah. 


Bridgestone Potenza Sport dibangunkan dengan tahap kekukuhan yang lebih tinggi untuk meningkatkan ketahanan tayar dari kehausan dan demi pembrekan lebih baik. Selain itu, bahan yang digunakan juga telah ditambahbaik supaya dapat memberikan daya cengkaman yang lebih tinggi sama ada dalam keadaan basah atau kering tanpa perlu memperlahankan kenderaan. 


Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(14).jpgBridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(21).jpg


Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (M) Sdn. Bhd., Michael Chung berkata, "The Potenza Sport Driving Experience menunjukkan komitmen kami untuk memberikan [pengguna] pengalaman pemanduan dengan prestasi dan keseronokan tanpa tandingan. Melalui acara ini, Bridgestone ingin menunjukkan bagaimana Potenza Sport membuktikan ‘dedikasinya’ untuk melangkaui jangkaan.”


Bridgestone-Potenza-Sport-CariCarz-(1).jpg


Untuk makluman, tayar Bridgestone Potenza Sport juga digunakan sebagai tayar asal (OE) pada kereta berprestasi tinggi untuk model-model ternama seperti Maserati MC20, Lamborghini Huracán STO, BMW 8 Series dan banyak lagi. Tayar ini ditawarkan dalam saiz dari 18 hingga 22 inci pada harga dari RM900 seunit. Pembelian boleh dibuat melalui mana-mana Pengedar Sah Bridgestone di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari bridgestonetyre.com.my.

Tag:

Bridgestone Potenza Sport
The Potenza Sport Driving Experience
Driving Experience
Pandu Uji
Uji Tayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

11-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026