Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wahai Kamu Yang Bergelar Bapa, Janganlah Pandu Laju!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kancil-1.jpg

Gara-gara bapa pandu laju, nyawa anak pula yang melayang!

Itu nasib malang seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang terkorban bersama bapanya selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, Nilai semalam.

Satu klip video yang tular di TikTok menunjukkan Kancil berwarna biru dilihat memecut laju sebelum terbabas gara-gara tayar kereta itu pecah.

Susulan kejadian tayar pecah,  kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.

Kancil-3.jpg

Bagaimanapun, sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Kancil itu  tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan sebuah lagi yang berada di lorong kedua,

Apa yang cukup menyayat hati ialah kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban manakala bapanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kejadian itu.

"Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sementara itu, beberapa gambar yang tersebar meluas di Facebook turut menunjukkan Perodua Kancil itu hancur teruk umpama besi buruk.

Keadaan kereta itu sudah tidak kelihatan seperti kereta.

image.png

Di sebalik kejadian ini, golongan bapa dinasihatkan jangan terlalu mengikut perasaan ketika memandu sehingga menyebabkan nyawa orang tersayang anda melayang dalam sekelip mata!

Gallery

Tag:

PERODUA KANCIL
Perodua Myvi
kemalanganmaut
PLUS Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penangan Iklan Perodua Kancil 2004, Padu Habis

Iklan Perodua Kancil tular semula.

09-11-2023
Berita Auto

Nak Selamatkan Kereta, Nyawa Sendiri Melayang

Seorang lelaki maut gara-gara dihempap kontena.

27-07-2023
Berita Auto

Proton Wira Antara Barang Panas Sebab

Proton Wira kereta paling banyak dicuri sebab alat gantinya sudah tiada di pasaran.

24-01-2023
Berita Auto

Misteri Perodua Kancil & Sekujur Tubuh Terbakar 100 Peratus

Sebuah kereta kancil ditemukan terbakar dengan pemandu.

21-10-2022
Berita Auto

Tak Tahu Apa Punca Kereta Terbakar, Pemandu Pula Terkorban

Seorang lelaki meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar.

11-10-2022
Berita Auto

Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Sempena bulan kemerdekaan, kita selusuri sejarah Perodua, model pertama yang dikeluarkan (Kancil) dan juga model terlarisnya, King Myvi.

27-08-2022
Berita Auto

Penuntut UPNM Maut, Vios Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut.

22-08-2022
Berita Auto

"Kereta Ni RM1 Je Mak Cik," Ibu Tua Ini Menangis Kerana Terlalu Terharu

Seorang pemilik bengkel di Melaka menjual kereta Perodua Kancil pada harga hanya RM1. Ini kisahnya...

27-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026